Penulisan dan Dunia Siber
Monday, October 12, 2009
Kertas kerja ini disediakan bersempena dengan Dialog Borneo-Kalimantan ke-VIII pada 2 hingga 5 Julai 2005 di Sandakan, Sabah.
KESAN BUDAYA DAN BAHASA DALAM SASTERA SIBER
oleh
HASYUDA ABADI
Kota Kinabalu, Sabah.
Abstrak
Makalah ini mengajak perbincangan mengenai sastera siber, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam penyaluran bahan-bahan sastera dalam media yang canggih dan terkini. Sebagai saingan media masa sedia ada, sasaran para pengarang di ruang maya atau siber yang mudah, segera dan berkesan ini bagaimanapun tidak mudah untuk melahirkan karya yang besar sebagai mercu tanda kehebatan teknologi itu sendiri. Dalam masa yang sama perhatian juga diberikan terhadap kesan akibat budaya pengguna internet yang gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Namun begitu, para penulis juga tetap berhasrat untuk menyebarkan hasil sastera kebangsaan di dunia global melalui hasil sastera yang tiada batasan bangsa dan geografi khalayaknya sebagai mewakili bangsa, budaya dan agama di mana dia menjejak bumi dan menjunjung langit.
Pendahuluan
PEMANFAATAN teknologi bagi seni bukanlah suatu tabu. Dari segi sejarah, hubungan antara teknologi dan seni boleh ditelusuri menerusi akar kata seni yang berasal dari tekhne dalam bahasa Yunani, dan kemudiannya terbentuk kata technology. Sehingga pada dasarnya, teknologi bagi seni menjadi kesatuan dominan dengan dan dalam peradaban dan kebudayaan. Bahkan kualiti sesebuah karya sastera itu sendiri tidak pernah ditentukan oleh kualiti komputer atau kualiti kertas, tetapi sebagai sebuah media eksistensi alternatif, dunia siber telah menunjukkan daya gunanya yang cukup berkesan dan bertenaga.
Pandangan bahawa sastera siber adalah sastera bebas termasuk bebas dari sudut mutunya merupakan suatu pandangan yang kurang benar. Unlimited dalam sastera siber terbatas dalam perbandingannya dengan sastera surat khabar atau majalah dan buku hanyalah dari segi waktu dan ruang. Evolusi kebudayaan ini menyebabkan kemanusiaan berlaku dan memperlakukan segala sesuatu secara berkesan. Sehingga segala sesuatu kembali kepada manusia sendiri, bagaimana ia memanfaatkan teknologi dan bukan dimanfaatkan oleh teknologi. Sastera siber bukanlah dosa penyimpangan karya sastera melainkan salah satu bentuk hasil mutakhir dengan pemahaman umum iaitu cepat, mudah dan nyaman (Medy Loekito: 2001).
Sastera Teknologi Tinggi dan Gelombang Budaya Globalisasi
Penggunaan komputer dan internet membawa kita ke suatu lagi tahap perkembangan baru yang pasti telah menukar suasana dan corak karya sastera yang dilahirkan dan digunakan oleh pembaca sastera di ruang siber yang baru. Bagaimanakah corak dan fungsi sastera di ruang siber ini? Berdasarkan pemerhatian awal kita boleh melihat beberapa perubahan berikut:
Dalam era baru ini, kita bukan sahaja perlu melahirkan sekumpulan penulis yang mencintai bahawa Melayu, boleh menulis dengan baik dalam bahasa Melayu, mampu mempertahankan kemurniannya serta gigih berusaha untuk meningkatkan keindahan bahasa tersebut. Yang lebih mencabar lagi ialah kita haruslah melahirkan para pujangga Melayu di ruang siber, pujangga yang bukan sahaja mampu berkarya dalam bahasa Melayu yang baik dan indah bahkan mempunyai daya tarikan seni dan daya ketahanan global yang kental.

- Karya-karya sastera Melayu mendapat saluran atau media baru di ruang siber.
- Peranan dan corak kegiatan agen atau insitusi penyebar sastera yang kini dikuasai oleh para penerbit dan pengedar buku dan sebagainya berubah.
- Karya sastera mengalami penyesuaian dan perubahan akibat perubahan media ini. Malah bentuk dan jenis sastera baru lebih bersifat interaktif.
- Khalayak sastera akan berubah secara radikal. Pembaca karya sastera tidak lagi di kalangan masyarakat Melayu di negara atau rantau yang sama dengan penulis, tetapi lebih luas, di luar batas politik dan geografi, usia dan sebagainya
- Proses penciptaan dan penyebaran yang serba segera menuntut daya tarikan, daya saingan, strategi dan ketahanan seni serta kesan sastera yang berbeza.
Dalam era baru ini, kita bukan sahaja perlu melahirkan sekumpulan penulis yang mencintai bahawa Melayu, boleh menulis dengan baik dalam bahasa Melayu, mampu mempertahankan kemurniannya serta gigih berusaha untuk meningkatkan keindahan bahasa tersebut. Yang lebih mencabar lagi ialah kita haruslah melahirkan para pujangga Melayu di ruang siber, pujangga yang bukan sahaja mampu berkarya dalam bahasa Melayu yang baik dan indah bahkan mempunyai daya tarikan seni dan daya ketahanan global yang kental.
Unsur-unsur baru di atas memerlukan para penulis kita menilai semula konsep kepengarangannya sesuai dengan perubahan-perubahan dari segi media, proses penghasilan dan penyebaran serta khalayak sastera yang baru ini. Untuk mendapatkan perhatian dan tempat terhormat di kalangan khalayak antarabangsa melalui halaman sastera siber, tentu sekali sasterawan Melayu tidak boleh terus berkarya dalam kepompong sastera dan pendekatan seni yang beku dan sempit. Penghasilan karya sastera bercetak dalam bentuk buku mungkin tidak akan dihentikan dan akan berterusan seperti sastera bercorak lisan yang masih berkekalan biar pun muncul media cetak sebagai saingan. Persoalan utama ialah untuk mengisi keperluan baru yang timbul akibat fenomena teknologi baru ini. Bagaimanakah bentuk karya yang bermutu tinggi untuk mengisi halaman seni global? Bagaimana kita boleh melahirkan pujangga ruang siber ini?
Pada tahap awal ada beberapa keperluan dasar yang harus diisi secara bijaksana:
- Para penulis perlu mempelajari dan menguasai teknologi baru kerana jika mereka tidak celek dengan teknologi buta IT, mereka akan ketinggalan dan terus meraba dan sesat dalam alam siber ini.
- Penggunaan teknologi maklumat dijangka mengubah cara dan rentak hidup para penggunanya dan juga akan menukar pemikiran dan cita rasa mereka. Para penulis perlu meneroka dan memahami kehidupan semasa dan cita rasa generasi baru dan mendatang terhadap bahasa dan seni serta berusaha menyesuaikan diri dengan perubahan suasana ini.
- Para penulis juga harus mempunyai visi dan wawasan yang tajam dalam kehidupan dan penulisan mereka serta harus boleh meneroka tema baru yang relevan dan mencuba mencipta genre dan pendekatan sastera baru yang paling berkesan untuk ruang siber.
- Karya-karya yang sedia ada termasuk warisan sastera kita yang kaya perlu dirakam semula dalam bentuk teknologi terkini. Karya-karya sastera Melayu klasik misalnya perlu dihasilkan dalam bentuk baru untuk penyaluran di internet atau ruang siber. Misalnya dalam laman web khas, CD ROM, VCD dan seumpamanya. Begitu juga perlu difikirkan usaha untuk merakamkan karya-karya dan kegiatan-kegiatan sastera serantau dalam bentuk baru ini, tanpa menyisihkan media sastera yang sedia ada.
- Organisasi-organisasi penulis dan institusi sastera perlu menyesuaikan dan memanfaatkan media dan bentuk jaringan komunikasi baru. Sebagai contoh persidangan sastera dan penyebaran karya melalui media elektronik adalah ruang baru yang perlu diteroka oleh badan-badan sastera dan sasterawan Melayu.
- Ruang siber menjadi wadah dan bahan baru untuk dikaji para sarjana. Hasil penelitian dan kajian para sarjana juga mempunyai saluran baru untuk disebarkan kepada golongan karyawan dan juga masyarakat umum. Malah dengan teknologi digital dan komputer, sistem penyusunan dan penggolongan sastera rantau kita boleh ditingkatkan dan dikemaskan.
Terdapat beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan juga kelompok penulis, terutamanya generasi baru untuk berkarya. Antaranya ialah laman Pustakamaya.net, Melayu.com, Karyanet.com.my, arahkiri.cjb.net, idealis-mahasiswa.net, www.esastera.com, cybersastra.com, komposisionline, zikirgroups.com, kelab maya sastera Sabah (KEMSAS), dan beberapa lagi. Namun, antara yang ramai itu, yang agak menonjol ialah laman www.esastera.com.
Istimewanya laman ini apabila ia merupakan satu-satunya laman siber yang memuatkan sepenuhnya hasil karya sastera dalam pelbagai genre oleh kebanyakan pengunjungnya. Malah ia juga dikenali sebagai majalah sastera elektronik. Komitmen pengendalinya inilah yang menjadikannya antara laman yang menarik untuk dikunjungi dan seterusnya berkarya di situ.
www.esastera.com (selepas ini disebut e-sastera) mula dilancarkan pada 23 Disember 2002 bertempat di Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya bersempena dengan majlis yang dinamakan sebagai ‘Gathering Raya Penyair Alam Siber’. Sempena majlis itu, sekalian penghuni dan pengkarya di laman berkenaan berhimpun untuk pertama kalinya di alam nyata setelah sekian lama berhimpun di alam maya. Setahun sebelumnya laman ini lebih dikenali sebagai www.comunityzero.com/penyair.
Menurut pengasasnya, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas, sewaktu pelancaran e-sastera fasa 2, begitu menyuguhkan tentang komitmen penganjur untuk menjadikan laman itu sebagai satu platform dalam usaha untuk menghasilkan karya-karya sastera yang bermutu dekad ini.
Sehingga kini, terdapat beberapa ruangan khusus yang menghidangkan karya-karya penghuninya. Antaranya, ‘Penyair’ yang memuatkan karya-karya ahli berbentuk sajak, ‘Sajen’ untuk sajak jenaka, ‘Haiku’, iaitu antara bentuk puisi Jepun yang terkenal yang ditulis dalam Bahasa Melayu, ‘Resensi’ yang memuatkan ulasan atau kritikan terhadap karya-karya yang sedia ada di pasaran terbuka, ‘Cerpenis’ yang menghimpunkan cerpen-cerpen, ‘Berita dan Bicara Sastera’ yang menghimpunkan maklumat dan juga laporan tentang kegiatan-kegiatan sastera yang berlangsung di dalam negara, ‘Novel’ yang memuatkan novel bersiri yang ditulis oleh ahli-ahli tetap secara bergilir untuk meneruskan sinambungan cerita, ‘Poets’ yang memuatkan puisi-puisi dalam bahasa Inggeris, ‘Profil’ yang memuatkan biodata ahli-ahli laman berkenaan, ‘Madah dan Pantun’ dan beberapa pilihan genre lagi. Kepelbagaian pilihan yang ada ini memungkinkan pengunjung dapat berkarya secara bebas dan terbuka menjadikannya antara yang menarik untuk dikunjungi.
Laman ini merupakan tempat berhimpun ramai penulis, termasuk yang muda dan mapan. Di sinilah anda akan ditemukan dengan pelbagai nama seperti Drirwan, Arisel B.A., Sri Diah, Nimoiz T.Y. dan ramai lagi. Malah, di sini juga kita akan bertemu dengan kelompok penulis dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang datang dari Indonesia, Mesir, Jepun, Amerika Syarikat dan pelbagai lagi. Mereka inilah antara pengunjung setia serta penyumbang tetap di laman berkenaan.
Istimewanya di sini, setiap karya mempunyai peluang untuk ‘dibedah’ secara langsung. Ini kerana, di ruangan-ruangan yang disebutkan di atas, turut memuatkan ulasan-ulasan serta kritikan yang dibuat oleh penghuni lain. Ini menjadikan penulis karya itu dapat mengetahui maklum balas pembaca dengan cepat dari pelbagai sudut terutamanya untuk menilai kelemahan dan kekuatan sesebuah karya.
Malah sebelum itu juga turut diperkenalkan sistem mentor antara penulis mapan dan baru. Karya-karya penulis baru, terutamanya sajak di e-mel terlebih dahulu kepada mentor yang dilantik untuk dinilai atau diberi ulasan sebelum dimuatkan ke dalam laman berkenaan. Ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung dapat bertukar-tukar pendapat antara keduanya.
Karya-karya juga dapat disiarkan secara bebas dan terbuka. Bermutu atau tidak, itu soal kedua. Tetapi bila sudah berkarya di situ, karya-karya anda akan dinilai dengan segera, dan tidak dapat tidak, anda akan memilih karya-karya yang terbaik sahaja untuk tujuan siaran di situ. Sungguhpun begitu, pengendali sendiri tetap menetapkan syarat, seperti karya-karya yang menyentuh moral, peribadi, atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan keaiban orang lain, awal-awal lagi karya seperti ini ditolak. Seperti juga di mana-mana laman atau tempat di dunia ini.
Sehingga kini, laman berkenaan telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) pada tahun 2004. Melalui anugerah berkenaan, sajak-sajak ahli yang tersiar di laman berkenaan sepanjang tahun 2002 telah dinilai untuk menerima anugerah berkenaan melalui satu majlis yang telah diadakan yang dinamakan Hadiah eSastera.com (HeS.Com) 2003 yang menawarkan hadiah utama bernilai RM2003, sijil dan cenderamata. Sajak Jenaka (Sajen) juga turut dinilai untuk menerima Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) yang menawarkan hadiah sebanyak RM1000.
Melalui anugerah itu juga, beberapa naskhah buku turut telah diterbit iaitu APAS (sebuah antologi puisi pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber). Sajak-sajak yang termuat di dalam antologi berkenaan merupakan sajak pilihan yang turut dinilai untuk Hadiah Esastera.com (HeS.Com) 2003.
Dua buah lagi ialah SAJEN yang merupakan antologi sajak jenaka pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber untuk Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) 2003 dan Kursus Kepenyairan E-Sastera. Ketiga-tiga naskhah berkenaan diselenggarakan oleh Irwan Abu Bakar dan Hashimah Harun dan diterbitkan oleh kAPAS Publication.
Manakala untuk tahun hadapan pula terdapat beberapa penambahan hadiah lain turut ditawarkan dalam HeS.Com 2004 seperti Anugerah Cerpenis Alam Siber (ASCAS), Anugerah Haiku Alam Siber (HAIJIN) dan beberapa lagi.
Selain daripada itu, beberapa sayembara lain turut diadakan sepanjang tahun. Ia juga turut dikenali sebagai ‘Sayembara di Talian’ yang diadakan bersempena dengan sesuatu peristiwa seperti Sayembara Puisi Perang, Sayembara Puisi Hari Bapa, Sayembara Puisi Hari Keluarga, Sayembara Puisi Hari Guru dan Sayembara Puisi Maulidur Rasul.
Beberapa hadiah tidak berkala juga turut ada seperti penyumbang sajak terbanyak untuk tahun berkenaan, sajak keseribu, deklamator terbaik (dinilai dalam dua pertemuan sebelum ini), pengulas prolifik dan beberapa lagi. Dan terbaru sempena pelancaran e-sastera fasa 2, penganjur telah mula menawarkan hadiah Anugerah Sasterawan Alam Siber (ASWAS) yang merupakan projek terbesar laman berkenaan. ASWAS yang pertama akan mula dikeluarkan pada tahun 2006 dengan menjadikan karya-karya yang tersiar di laman berkenaan sepanjang tahun 2002 hingga 2005 sebagai penilaian. Dan khabarnya, hadiah yang ditawarkan mencecah ke angka RM100,000!
Ini jelas menunjukkan bahawa sastera siber sudah mampu untuk pergi jauh ke hadapan meninggalkan tanggapan yang sedia ada. Tidak dapat tidak, dunia sastera siber mula mendapat tempat dan mampu duduk sebaris dengan dunia sastera arus perdana. Penulis-penulis baru sudah boleh berkarya dengan bebas tanpa menunggu peluang yang terlalu mereka lalui.
Bagai komuniti kecil sastera di Sabah, tumpuan para penulis juga luas termasuklah menerusi mailing list yang dikenali iaitu Kelab Maya Sastera Sabah atau ringkasnya KEMSAS. KEMSAS tidak ada bezanya dengan mailing list anjuran yahoo.egroups yang lain seperti Masyarakat Sastera Siber di Indonesia, Zikir Groups yang dikendalikan oleh Kemala dan Sastera Sufi kendalian Haji Johar Buang di Singapura. Menerusi kelab maya atau siber ini, para penulis yang menjadi ahlinya boleh berinteraksi secara interaktif. KEMSAS juga menjadi medan percambahan buah fikiran di kalangan ahlinya selain sebagai wahana karya seperti puisi, cerpen dan esei berkaitan sastera dan budaya. Kelab maya ini dikendalikan oleh beberapa orang moderator yang bertanggungjawab menapis setiap hantaran mesej atau bahan tulisan ahli sebelum ditatap oleh pelawat KEMSAS. KEMSAS turut diperkenalkan dengan lahirnya penulis-penulis baru sebagaimana yang terjadi dalam sastera surat khabar atau majalah, seperti Anthonia Gilung, Elwan Truman (Semut Jingga), Nazri Abdullah, Anira Bam, Luciana Benjamin dan Nurul Omar selain daripada nama-nama penulis yang sedia ada yang kebanyakannya mapan seperti ABM Fajeer, Zaini Ozea, Haji Ismaily Bongsu, Mabulmaddin Shaiddin, Abd Naddin Shaiddin, Sasjira, Jasni Yakub, Ony Latifah Osman, Ramzah Dambul (Rem), Shukri Shaifuddin, Juilis Mokujal, Katerina Tati, Nadin Haji Salleh, Aliuddin Mohd Salleh (Ailin Nor), Muharsafa Kirana Bacho dan Lenny Deen Erwan.
Selain KEMSAS komuniti sastera siber juga memerhatikan sebuah lagi mailing list egroups iaitu zikir-group yang dikendalikan oleh Dato’ Haji Ahmad Kamal Abdullah (Kemala). Zikir-group menjadi tumpuan lebih ramai tokoh sasterawan dan budayawan rantau Nusantara. Nama-nama penulis tanah air seperti Fudzail, Siti Zainon Ismail, Hasyuda Abadi, Nisah Hj. Haron, Imlan Adabi, Nazmi Yakub dan Arisel B.A. Malah egroups ini juga memaparkan buah fikiran para penulis luar seperti Sorana dari Romania, Ikranagara (Washington DC), Noridah Kamari (Singapura), Tiara (Singapura), Nanang Suryadi (Jakarta), Aminur Rahman (Dakka, Bangladesh), Jhanananda (US), Tae Ho Han (Korea), Arief Ludiantoro (Jakarta) dan Daery AD Viddy (Jakarta).
Kewujudan medan-medan mailing list tidak semata-mata menempatkan bahan-bahan buah fikiran menerusi karya sastera, laporan dan sebagainya bahkan juga menjadi lebuh raya penghubung antara benua dan rantau. Melalui wacana sastera, kita mampu memperoleh maklumat dengan cepat sekali.
Kesan budaya dan bahasa dalam ruangan siber
Budaya internet kini menerobos setiap kewujudan. Masyarakat Melayu juga tidak ketinggalan dalam perkembangan positif ini. Kini terdapat banyak lelaman di internet mengenai pengajian Melayu. Dunia Melayu di internet semakin meluas. Perkembangan positif ini terus mengisi ruang siber melalui e-mel dan chat sebagai wahananya. Penggunaan kedua-dua unsur wahana ini dalam bahasa Melayu secara tidak lansung membantu melestarikan bahasa Melayu.
Jika kita singkap lelaman-lelaman tersebut, perasaan takjub akan timbul tatkala terlihat betapa ramainya pengguna bahasa Melayu mengeksploitasi kemudahan komunikasi ini. Kesan penggunaan yang serba mudah dan serba luas ini, banyak istilah baru terhasil sebagai kemudahan ekspresi. Misalnya perkataan-perkataan seperti kang (nanti), a'kum (assalamualaikum), w'lam (wa'alaikumsalam), dowang (mereka), wokay (baiklah), tipon (telefon) dan persal (mengapa).
Perkembangan ini sangat menarik jika ditinjau dari aspek pelestarian bahasa. Ia membuktikan kedinamikan bahasa Melayu yang kekal relevan dalam zaman siber ini. Ini merupakan satu sikap positif dan terpuji. Bahasa Melayu tetap digunakan dengan beberapa pengubahsuaian bagi memudahkan perbualan. Namun demikian manipulasi bahasa seumpama ini jika tidak dibendung mampu memudaratkan pengguna dan nilai bahasa itu sendiri.
Perbuatan memendekkan kata-kata atau pun ayat sering melahirkan makna yang berbeza jika dinilai oleh "seorang bukan siber" yakni mereka yang baru saja berjinak-jinak dengan alam internet. Bagi "orang-orang siber" pula, bahasa yang diubahsuaikan itu akan menjadi satu kebiasaan sehinggakan terbawa-bawa kepada perbualan ataupun penulisan di luar alam siber iaitu di alam realiti. Misalnya terdapat kata gantinama yang telah diubahsuaikan menjadi dowrang (mereka), sayer (saya), dier (dia), korang (kamu), nko (engkau) dan nyer (nya), nie (ini). Begitu juga dengan kata tanya yang diubahsuaikan menjadi asal (mengapa), biler (bila), camner (bagaimana), maner ( mana) dan naper (kenapa). Amat menyedihkan pula istilah-istilah agama seperti dipermainkan misalnya alah (Allah), A'kum (Assalamualaikum) dan w'lam (Wa'alaikumsalam).
Keadaan ini selanjutnya membawa kepada terhasilnya ayat-ayat tidak gramatis kerana menyeleweng daripada hukum-hakam tatabahasa. Misalnya ayat-ayat - "Leh sayer kenal2 dengan awak?" (Bolehkah saya berkenalan dengan awak), "A'kum semuer. Kat maner nie? " (Assalamualaikum semua. Awak berada di mana?), "Skang nie pon dah ader benda tuu." (Sekarang ini pun sudah ada alat itu).
Situasi itu menjadi genting apabila pengguna-pengguna internet gagal membezakan penggunaan bahasa di internet dan di luar internet. Ini berlaku apabila mereka menggunakan istilah, pemendekan dan ayat-ayat di ruang siber dalam perbualan sesama teman dan guru. Masalah pemahaman akan timbul kerana komunikasi menjadi kurang jelas. Namun kesan yang amat ditakuti adalah penyelewengan bahasa semakin berleluasa dari alam maya ke alam realiti.
Pada pragmatiknya, kita dapat melihat satu percubaan menarik dalam penggunaan bahasa Melayu. Namun demikian kesan sikap berlebihan mengakibatkan penyelewengan bahasa menjadi di luar kawalan. Pada tahap permulaan berlaku pemendekan istilah yang masih mudah difahami seperti tak (tidak), saja (sahaja), duk (duduk), gini (begini), gitu (begitu), mau (mahu) dan reti (mengerti). Pada tahap pertengahan pula berlaku penyerapan kata kepada bahasa lisan seperti digunakan dalam perbualan biasa misalnya amik (ambil), antar (hantar), bace (baca), mane (mana), same (sama), kecik (kecil), ape (apa) dan hotak (otak).
Perkembangan selanjutnya memaparkan pemelatan kata-kata, mungkin dengan tujuan meriahkan suasana perbualan atau sekadar menambahkan kemesraan misalnya caye (percaya), camni (macam ini), camtu (macam itu), teypon (telefon), keng-kawan (kawan-kawan), cedap (sedap), amik atti (ambil hati), pompan (perempuan) dan mepek (merepek).
Kemudian lahir kata-kata bersifat irama seperti seryuz (serius), lepaz (lepas), wajibz (wajib), sayer (saya), biler (bila), kiter (kita), jumper (jumpa), luper (lupa) dan nyer (nya). Proses pelahiran istilah internet bahasa Melayu mencapai kematangan apabila istilah spesifik berputik seperti om (orang), ngan (dengan), je (sahaja), ur (awak), lak (pula), kerker (ketawa kecil), hmmm (sedang berfikir) dan ha x 9999999 (ketawa terbahak-bahak). Akhir sekali lahir penggunaan simbol-simbol seperti :) atau _ (mimik muka senyuman), :( atau _ (mimik muka sedih / masam), :P (mimik muka yang mengejek), :))) (mimik muka sedang ketawa), :O (mimik muka terkejut) dan n (menandakan berakhirnya perbualan).
Demikian proses evolusi bahasa Melayu internet. Sejarah menonjolkan betapa bahasa Melayu telah berkembang daripada status kuno kepada moden setelah melalui beberapa proses penyerapan daripada bahasa-bahasa Sanskrit, Arab, Cina dan Inggeris. Proses peristilahan telah berjaya memartabatkan bahasa Melayu agar tidak beku, sebaliknya terus dinamis. Alaf baru ini meneruskan proses evolusi bahasa Melayu ke peringkat maya. Bahasa Melayu Internet tidak perlu melalui proses peristilahan ataupun konstruksi kata dan ayat oleh pakar bahasa. Kini istilah-istilah baru dapat dihasilkan oleh orang perseorangan. Pengikirafan diberikan atas dasar musyawarah iaitu difahami dan digunakan secara konvensi oleh pengguna-pengguna internet.
Ini merupakan satu perkembangan menarik dan sihat. Namun demikian, kesan jangka panjang terhadap bahasa Melayu tidak seindah perkembangan ini. Jika dibiarkan sahaja, pencemaran bahasa akan menjadi satu kebiasaan. Sekiranya konvensi menerima kebiasaan ini bagi pengunaan di alam realiti maka akan lenyap bahasa Melayu yang gramatis dan murni. Sebaliknya pengguna-pengguna internet seharusnya mencari jalan untuk memastikan bahasa Melayu tetap terpelihara. Laras internet sebaiknya disimpan sahaja di dalam internet agar kemurnian dan kedinamikan bahasa Melayu lebih terselah dan kekal relevan. Biarlah ia berkembang mengikut tempat dan penggunaannya.
Sastera siber sebagai pengimbang kehidupan
Era teknologi maklumat menuntut perubahan dan penyesuaian di kalangan para penulis. Perubahan dan penyesuaian ini perlu dilakukan supaya para penulis dapat menjalankan fungsi dan mencapai matlamat penulisannya dengan lebih berkesan lagi dan bukan untuk menukarkannya sama sekali. Pada pandangan saya, biar apa pun perubahan yang berlaku, fungsi asas seorang penulis masih tetap untuk merakamkan suara peribadinya terhadap dalam kehidupannya dan juga untuk bertindak sebagai jurucitra zamannya.
Sebagai jurucitra zaman atau era teknologi maklumat, para penulis harus memberi perhatian dan menilai kesan-kesan penggunaan teknologi tinggi ini dalam kehidupan masyarakat mereka dan dunia umumnya. Ringkasnya, para penulis wajar bertindak sebagai pemikir atau perenung mengenai corak kehidupan dalam era ini dan menilai bagaimana teknologi ini boleh atau telah menjejas kebudayaan dan nilai-nilai kemanusaiaan. Hasil renungan dan penilaian yang dirakam dan dicerna secara estetik mengikut ukuran sastera, akan membantu menimbulkan kesedaran dan meningkatkan pengetahuan khalayak sastera mengenai makna dan nilai hidup yang murni dan sebenar.
Sejak zaman dulu lagi, sastera telah diangkat sebagai wadah untuk memanusiakan manusia dan membudayakan manusia. Biarpun keunggulan fungsi dan pengaruh sastera telah dipersoalkan kerana gejala utilitarianisme dan pragmatisme yang makin menguasai perilaku manusia dan ramalan tentang sistem ekonomi kapitalisme dan sistem politik liberal akan menguasai masa depan (Budi Darma 1998), diyakini peranan dan cabaran penulis sebagai pelengkap budaya dan pengimbang kehidupan insan masih terus relevan dan penting malah bertambah genting dalam era teknologi maklumat ini.
Siapakah pujangga Melayu baru dan bagaimanakah corak kepujanggaan Melayu di ruang siber ini? Yang lebih penting, apakah persediaan golongan penulis itu sendiri untuk melungsur di ruang siber ini?
Sejarah persuratan Melayu membuktikan yang para budiman dan sasterawannya dikenang bukan kerana penguasaan teknik mereka semata-mata tetapi kerana kekuatan pemikiran dan kehebatan daya kreatifnya yang berjaya mencetuskan kesedaran, membuahkan kesegaran rasa, wawasan baru atau pengalaman seni yang berkesan kepada pembaca atau khalayaknya. Ini terbukti melalui contoh dua orang tokoh sasterawan besar Nusantara iaitu Hamzah Fansuri dan Munsyi Abdullah.
Pada setiap zaman dan tahap perkembangan sastera Nusantara telah lahir pada pujangga dengan karya agung mereka yang meneruskan dan meningkatkan tahap pencapaian sastera dan budaya Melayu. Alam kepengarangan Melayu terus berkembang secara tetap dan meyakinkan kerana dinamisme seni para sasterawan kita yang silih berganti sepanjang zaman. Kini kita berada pada alaf baru yang sedang berhadapan dengan arus globalisasi. Tugas dan tanggungjawab untuk meneruskan dinamisme seni dalam ruang teknologi ini terletak di bahu setiap sasterawan untuk terus mengangkat kemurnian budaya dan keistimewaan sastera Nusantara di persada antarabangsa.
Malah langkah yang harus difikirkan sekarang ialah merancang strategi yang paling berkesan untuk menyebarkan hasil sastera kebangsaan di dunia global. Selain daripada kegiatan menterjemahkannya ke bahasa-bahasa antarabangsa, penyebaran melalui penerbitan yang berprestij dan dengan menggunakan kecanggihan ICT harus dilakukan secara berterusan. Hasil karya sastera yang menggambarkan hati nurani bangsa penciptanya dapat dijadikan produk budaya untuk memperkenalkan Malaysia di peringkat antarabangsa.
Hasil sastera juga tiada batasan bangsa dan geografi khalayaknya. Jika kita dapat menikmati karya sastera bangsa lain, maka sewajarnya bangsa lain pun dapat menikmati karya sastera penulis Malaysia. Meskipun pada penulis Malaysia harus menulis karya mereka dengan kesedaran sasaran khalayak yang global, namun mereka harus tidak melupai akar atau persekitaran alam, budaya dan agama di mana bumi dipijak di situ langit mereka junjung. Melalui karya sastera yang universal temanya, pembaca global akan dapat menikmati pemikiran yang menjadi mesej pengarang Malaysia. Sesuai dengan era globalisasi, maka usaha pembinaan dan penataran bakat para penulis di Malaysia sewajarnya ke hala tuju tersebut.
Penutup
Sebenarnya teknologi hanyalah alat dengan kehidupan manusia. Sama ada kita suka atau tidak teknologi maklumat ini perlu dipelajari dan dikuasai dengan cekap dan bijaksana supaya jangan mudah diperalat orang yang menguasai teknologi atau menjadi mangsa teknologi. Teknologi bukan jaminan kesejahteraan hidup dan ketinggian kesenian. Sejarah telah membuktikan bahawa penyakatan sesebuah budaya atau sastera terletak pada daya kreatif, inovasi, keyakinan dan kesedaran segolongan budayawan atau sasterawannya untuk meningkatkan diri dan kehidupan bersama.
BIBLIOGRAFI
Dr. Hadijah Rahmat. 1999. Teknologi dan Perkembangan Sastera Nusantara. Yayasan Warisan Johor
dll: Johor Bahru.
Hamzah Hamdani. 2003. Keranamu Malaysia: Sastera Dalam Era ICT. Kota Kinabalu: Gapena, Majlis
Bahasa dan Sastera Sabah dan DBP Cawangan Sabah.
Mohd Dahri Zakaria. 2004. Sastera Siber Sebagai Wadah Alternatif. Akhbar Mahasiswa, Februari 2004.
(Disiarkan semula dalam esastera.com: http://www.esastera.com/kk/ Sastera-
SiberSebagaiWadahAlternatif.htm)
Rohizah Halim dan Sharifah Fazliyaton Shaik Ismail. 2002. Bahasa Melayu dalam Era Teknologi
Maklumat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Para Penyair. 2001. Graffiti Gratitude. Sebuah Antologi Puisi Cyber. Bandung:Yayasan Multimedia
Sastera.
Penulisan dan Dunia Siber II
Tuesday, October 13, 2009
Artikel ini disalin dari laman sawang e-sastera.com yang boleh dilayari dihttp://www.esastera.com/kk/SasteraSiberSebagaiWadahAlternatif.htm
Sastera Siber Sebagai Wadah Alternatif
Oleh MOHD. DAHRI ZAKARIA
Sastera siber mula mendapat tempat oleh kebanyakan pengguna dan juga peminat sastera sebagai medan alternatif untuk meneruskan kesinambungan karya mereka menemui khalayak. Sebagai antara pilihan terbaik, ia secara tidak langsung bergerak sesuai dengan perkembangan semasa dalam dunia teknologi maklumat, yang memungkinkan semua manusia berada dalam satu ‘kampung’.
Terdapat beberapa laman utama yang menyediakan ruang untuk peminat dan juga kelompok penulis, teruatamanya generasi baru untuk berkarya. Antaranya ialah laman Pustakamaya.net, Melayu.com, Karyanet.com.my, arahkiri.cjb.net, idealis-mahasiswa.net, www.esastera.com, dan beberapa lagi. Namun, antara yang ramai itu, yang agak menonjol ialah laman http://www.esastera.com/.
Istimewanya laman ini apabila ia merupakan satu-satunya laman siber yang memuatkan sepenuhnya hasil-hasil karya sastera dalam pelbagai genre oleh kebanyakan pengunjungnya. Malah ia juga dikenali sebagai majalah sastera elektronik. Komitmen pengendalinya inilah yang menjadikannya antara laman yang menarik untuk dikunjungi dan seterusnya berkarya di situ.
www.esastera.com (selepas ini disebut e-sastera) mula dilancarkan pada 23 Disember 2002 bertempat di Kolej Kediaman Kedua, Universiti Malaya bersempena dengan majlis yang dinamakan sebagai ‘Gathering Raya Penyair Alam Siber’. Sempena majlis itu, sekalian penghuni dan pengkarya dilaman berkenaan berhimpun untuk pertama kalinya di alam nyata setelah sekian lama berhimpun di alam maya. Setahun sebelumnya laman ini lebih dikenali sebagai www.comunityzero.com/penyair.
Menurut pengasasnya, Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Wan Abas, sewaktu pelancaran e-sastera fasa 2, begitu menyuguhkan tentang komitmen penganjur untuk menjadikan laman itu sebagai satu ‘platform’ dalam usaha untuk menghasilkan karya-karya sastera yang bermutu dekad ini.
Sehingga kini, terdapat beberapa ruangan khusus yang menghidangkan karya-karya penghuninya. Antaranya, ‘Penyair’ yang memuatkan karya-karya ahli berbentuk sajak, ‘Sajen’ untuk sajak jenaka, ‘Haiku’, iaitu antara bentuk puisi Jepun yang terkenal yang ditulis dalam Bahasa Melayu, ‘Resensi’ yang memuatkan ulasan atau kritikan terhadap karya-karya yang sedia ada dipasaran terbuka, ‘Cerpenis’ yang menghimpunkan cerpen-cerpen, ‘Berita dan Bicara Sastera’ yang menghimpunkan maklumat dan juga laporan tentang kegiatan-kegiatan sastera yang berlangsung di dalam negara, ‘Novel’ yang memuatkan novel bersiri yang ditulis oleh ahli-ahli tetap secara bergilir untuk meneruskan sinambungan cerita, ‘Poets’ yang memuatkan puisi-puisi dalam bahasa inggeris, ‘Profil’ yang memuatkan biodata-biodata ahli laman berkenaan, ‘Madah dan Pantun’ dan beberapa pilihan genre lagi. Kepelbagaian pilihan yang ada ini memungkinkan pengunjung dapat berkarya secara bebas dan terbuka menjadikannya antara yang menarik untuk dikunjungi.
Laman ini merupakan tempat berhimpun ramai penulis, termasuk yang muda dan mapan. Di sinilah anda akan ditemukan dengan pelbagai nama seperti Drirwan, Arisel BA, Sri Diah, Abdul Latip, Zainal Lasim, Razali Endun, Hashimah Harun, Gravedigger, Ida Munira, Al-Maghfirah, Alaieffa, Jimadie, Wan Azman, Erwin Khairul, Anbakri, Ana Suraya, MdZainuddin, Damahum, Rudy Bluehikari, dan Nimoiz TY, atau yang termuda kini seperti Fard Razy, Mankie, Adie7, dan ramai lagi. Malah, di sini juga kita akan bertemu dengan kelompok penulis dari pelbagai pelusuk dunia. Ada yang datang dari Indonesia, Mesir, Jepun, Amerika Syarikat dan pelbagai lagi. Mereka inilah antara pengunjung setia serta penyumbang tetap di laman berkenaan.
Istimewanya di sini, setiap karya mempunyai peluang untuk ‘dibedah’ secara langsung. Ini kerana, diruangan-ruangan yang disebutkan di atas, turut memuatkan ulasan-usalan serta kritiakn yang dibuat oleh penghuni lain. Ini menjadikan penulis karya itu dapat mengetahui maklum balas pembaca dengan cepat dari pelbagai sudut terutamanya untuk menilai kelemahan dan keduatan sesebuah karya mereka.
Malah sebelum itu juga turut diperkenalkan sistem ‘mentor’ antara penulis mapan dan baru. Karya-karya penulis baru, terutamanya sajak di e-mail terlebih dahulu kepada ‘mentor’ yang dilantik untuk dinilai atau diberi ulasan sebelum dimuatkan ke dalam laman berkenaan. Ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman dan secara tidak langsung dapat bertukar-tukar pendapat antara keduanya.
Karya-karya juga dapat disiarkan secara bebas dan terbuka. Bermutu atau tidak, itu soal kedua. Tetapi bila sudah berkarya di situ, karya-karya anda akan dinilai dengan segera, dan tidak dapat tidak, anda akan memilih karya-karya yang terbaik sahaja untuk tujuan siaran di situ. Sungguhpun begitu, pengendali sendiri tetap menetapkan syarat, seperti karya-karya yang menyentuh moral, peribadi, atau apa-apa saja yang boleh menimbulkan keaiban orang lain, awal-awal lagi karya seperti ini ditolak. Seperti juga dimana-mana laman atau tempat di dunia ini.
Sehingga kini, laman berkenaan telah berjaya menganjurkan satu program yang dinamakan sebagai Anugerah Penyair Alam Siber (APAS) pada tahun lepas. Melalui anugerah berkenaan, sajak-sajak ahli yang tersiar dilaman berkenaan sepanjang tahun 2002 telah dinilai untuk menerima anugerah berkenaan melalui satu majlis yang telah diadakan yang dinamakan Hadiah eSastera.com (HeS.Com) 2003 yang menawarkan hadiah utama bernilai RM2003, sijil dan cenderamata. Sajak Jenaka (Sajen) juga turut dinilai untuk menerima Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) yang menawarkan hadiah sebanyak RM1000.
Melalui anugerah itu juga, beberapa naskhah buku turut telah diterbit iaitu APAS (sebuah antologi puisi pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber). Sajak-sajak yang termuat di dalam antologi berkenaan merupakan sajak pilihan yang turut dinilai untuk Hadiah Esastera.com (HeS.Com) 2003.
Dua buah lagi ialah SAJEN yang merupakan antologi sajak jenaka pilihan komuniti ‘penyair’ alam siber untuk Anugerah Sajak Jenaka Alam Siber (ASJAS) 2003 dan Kursus Kepenyairan E-Sastera. Ketiga-tiga naskhah berkenaan diselenggarakan oleh Irwan Abu Bakar dan Hashimah Harun dan diterbitkan oleh kAPAS Publication.
Manakala untuk tahun hadapan pula terdapat beberapa penambahan hadiah lain turut ditawarkan dalam HeS.Com 2004 seperti Anugerah Cerpenis Alam Siber (ASCAS), Anugerah Haiku Alam Siber (HAIJIN) dan beberapa lagi.
Selain daripada itu, beberapa sayembara lain turut diadakan sepanjang tahun. Ia juga turut dikenali sebagai ‘Sayembara Di Talian’ yang diadakan bersempena dengan sesuatu peristiwa seperti Sayembara Puisi Perang, Sayembara Puisi Hari Bapa, Sayembara Puisi Hari Keluarga, Sayembara Puisi Hari Guru, dan Sayembara Puisi Maulidur Rasul yang menawarkan tiga hadiah utama bernilai RM100.
Beberapa hadiah tidak berkala juga turut ada seperti penyumbang sajak terbanyak untuk tahun berkenaan, sajak keseribu, deklamator terbaik (dinilai dalam dua pertemuan sebelum ini), pengulas prolifik dan beberapa lagi.
Dan terbaru sempena pelancaran e-sastera fasa 2, penganjur telah mula menawarkan hadiah Anugerah Sasterawan Alam Siber (ASWAS) yang merupakan projek terbesar laman berkenaan. ASWAS yang pertama akan mula dikeluarkan pada tahun 2006 dengan menjadikan karya-karya yang tersiar dilaman berkenaan sepanjang tahun 2002 hingga 2005 sebagai penilaian. Dan khabarnya, hadiah yang ditawarkan mencecah ke angka RM100,000!
Ini jelas menunjukkan bahawa sastera siber sudah mampu untuk pergi jauh ke depan meninggalkan tanggapan yang sedia ada. Tidak dapat tidak, dunia sastera siber mula mendapat tempat dan mampu duduk sebaris dengan dunia sastera arus perdana. Penulis-penulis baru sudah boleh berkarya dengan bebas tanpa menunggu peluang dari arus perdana tiba.
(Artikel ini telah tersiar dalam Akhbar Mahasiswa, Februari 2004)
(Artikel ini telah tersiar dalam Akhbar Mahasiswa, Februari 2004)
Penyertaan penulis kita dalam sastera siber
PENGAMAL media yang juga penyair, William Chan pada Perkampungan Penulis Sarawak 2008 di Mukah baru-baru ini ada menjelaskan, maya siber merupakan wadah terkini yang menambat penglibatan para penulis Sarawak mutakhir ini.
“Kini kita boleh melayari blog Jaya Ramba, Taufik Firdausi, Radin Azhar, Jeniri Amir, Dahiri Saini, Roslan Jomel, Pharo Abdul Hakim, Yusf Fansuri, Saiee Driss, Beb Sabariah dan ramai lagi.
“Pada ketika Sarawak sedang rancak membangunkan jalur lebar ke seluruh pelosok negeri ini, masa depan maya siber akan menyaksikan kerancakan penglibatan penulis melalui blog ini,” jelasnya, Jurang digital antara desa dan kota katanya, akan mereka (penulis) manfaatkan sepenuhnya dan ini akan memberi warna ceria kepada perkembangan sastera di Sarawak.
Membenarkan lagi kenyataan ini, penulis yang tertumpu kepada berkarya di internet, Nik Mohd Iznan Tuan Yaakub menjelaskan, dahulu, sekiranya penulis Sarawak ingin menghantar karya kepada akhbar atau majalah di Semenanjung, mereka terpaksa menunggu masa yang lama berbanding penulis di sana (Semenanjung).
“Sejak wujudnya internet, ruang dan peluang adalah sama sahaja. Selepas membuat penelitian rambang, penulis Sarawak turut terlibat dengan perbincangan di yahoo groups. Impaknya, penulis Sarawak dapat berinteraksi secara langsung dengan penulis di Semenanjung. Bagaimanapun, tidak ramai penulis Sarawak yang terlibat secara langsung dengan karya siber dalam konteks yang sebenarnya,” katanya.
Katanya, untuk memiliki laman web sastera persendirian, ia akan melibatkan sedikit kos dan kemahiran untuk membangunkan sesebuah tapak web.
“Mungkin inilah antara faktor mengapa penulis Sarawak (termasuk penulis di Semenanjung juga) tidak berminat untuk membangunkan laman web sastera persendirian. Alternatif yang boleh diambil ialah pembinaan blog peribadi.” Setakat ini ujarnya, hanya beberapa kerat sahaja penulis Sarawak yang memiliki blog masing-masing. Antara yang wajar yang disebut ialah;
Beb Sabariah (http://bebsabariah.blogspot.com/)
Jaya Ramba (http://jayaramba.blogspot.com/ )
Taufeq Firdausi (http://taufeq18.blogspot.com/ )
Saiee Driss (http://saieedriss.blogspot.com/)
Roslan Jomel (http://roslanjomel.blogspot.com/)
Dahiri Saini (http://dahirisaini.blogspot.com/)
Daripada senarai itu kata Nik Mohd Iznan, antara yang paling aktif ialah blog (http://cetasasbuya.blogspot.com/).
“Bagi yang ketinggalan maklumat sastera dan budaya, blog inilah pilihan terbaik untuk mengetahui akan perkembangan sastera dan budaya di Sarawak. Khalayak sastera di Semenanjung tentu sekali tidak tahu akan perkembangan sastera di Sarawak. Dengan adanya blog ini, segala maklumat yang diperlukan ada di hujung jari. Selain itu, penulis Sarawak dapat mempromosikan tulisan masing-masing sekali gus menjadikan mereka lebih dikenali,” katanya.
Mengambil contih luar negara, sebenarnya langganan karya sastera di internet bukanlah perkara baharu. Malah, urus niaga yang dilakukan juga adalah melalui internet melibatkan penggunaan kad kredit atau perbankan elektronik.

“Sementara kegiatan sastera siber sedang panas dan rancak, penulis Sarawak seharusnya turut terjun supaya bergerak lebih seiring. Bukan hanya mengambil langkah tunggu dan lihat. Akhirnya, hanya bertindak sebagai pengikut sahaja. Jika demikian, penulis Sarawak akan ketinggalan dalam arus modenisasi atau dunia tanpa sempadan yang sedang hanya melanda sastera dunia,” katanya.
Tulisan ini juga dimuatkan dalam (Utusan Sarawak, 3 Julai 2008)
KaryaNet dan Sastera Siber
OLEH MOHAMAD DAUD MOHAMAD
OLEH MOHAMAD DAUD MOHAMAD
Bagi mempermudahkan masyarakat akar umbi kita menghayati genre kesusasteraan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai badan yang diamanatkan oleh rakyat dalam pembangunan minda bangsa Melayu, melalui bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu telah dan cuba melakukan perubahan yang terbaik dalam dunia penerbitannya.
Bermula dengan bentuk penerbitan konvensional iaitu novel terjemahan Anak Raja dan Anak Papa, DBP semenjak ditubuhkan pada tahun 1956, mulai menggerakkan langkah ke hadapannya, sebagai peneraju terunggul dalam penjanaan ilmu berbahasa Melayu. Berpuluh ribu judul buku dalam pelbagai genre kesusasteraan, bahasa, karya ilmiah, buku teks dan buku umum dalam bahasa Melayu, telah disebarkan kepada masyarakat oleh pihak DBP. Impak daripada amanat rakyat itu, DBP secara langsung dan tidak langsung telah berhasil berperanan dalam melahirkan intelektual Melayu.
Namun begitu, dalam mengharungi dunia global alaf ke-21, DBP dalam pemasyarakatan genre kesusasteraan berbahasa Melayu, tidak mungkin mampu berdiri sendiri tanpa dukungan daripada pelbagai pihak. Dengan yang demikian, tidak hairanlah jika DBP telah bekerjasama dengan Rhythm Publication, Institut Terjemahan Negara (ITNM) dan lain-lain penerbitan dalam penerbitan gerne kesusasteraan. Selain itu, DBP juga membantu badan-badan/persatuan penulis seperti GAPENA, Pena, PPK, Tema dan lainnya dalam menyebarluaskan genre kesusasteraan kepada masyarakat.
Bentuk penerbitan DBP juga turut berubah mengikut perkembangan semasa dalam usahanya untuk menyebarluaskan genre kesusasteraan kepada masyarakat. Melalui Video, DBP telah menerbitkan bibliografi Sasterawan Negara Arena Wati, Sasterawan Negara Keris Mas dan Sasterawan Negara Usman Awang. Begitu juga melalui CD, DBP sedang berusaha menerbitkan cerita rakyat dan beberapa karya lainnya.
Menyedari betapa pentingnya, penyebaran genre kesusasteraan melalui media elektronik sejajar dengan dunia ICT, demi menghadapi persaingan yang penuh dengan cabaran budaya global, mahu tidak mahu DBP terpaksa ikut sama terlibat secara proaktif dalam penguasaan media elektronik tersebut.
DBP merupakan salah satu institusi terawal yang melakukan kerja pengeditan dan penerbitan menggunakan komputer iaitu semenjak bermulanya dunia pengkomputeran di Malaysia. Semenjak itu jugalah, DBP telah mewujudkan Bahagian Komputer dan kini dikenali sebagai Bahagian Sistem Maklumat (BSM). Walaupun pada peringkat awalnya BSM ini, bertanggungjawab untuk semua kerja yang dilaksanakan oleh DBP, namun kemudian fungsinya berubah apabila wujudnya Bahagian Multimedia atau Bahagian Penerbitan Digital.
Bahagian Multimedia (BM) DBP merupakan satu bahagian khusus dalam penerbitan digital DBP meliputi penerbitan genre kesusasteraan yang bermula dengan penerbitan genre kesusasteraan kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga penerbitan esei-esei kesusasteraan. Demikian juga dengan penerbitan bahan-bahan yang berkaitan dengan bahasa Melayu, penerbitan buku-buku umum, sains dan teknologi juga menjadi tanggungjawab Bahagian Multimedia.
Penerbitan “Karyanet” iaitu portal atau gerbang web dalam talian (on-line-publishing). Gerbang web dalam talian atau penerbitan dalam talian bermaksud semua proses yang berkaitan dengan penerbitan sesebuah karya seperti karya kecil atau kanak-kanak, remaja atau lainnya bermula daripada beberapa peringkat yang sudah umum dilaksanakan dalam penerbitan bentuk konvensional. Namun, yang membezakan antara penerbitan konvensional dengan penerbitan dalam talian iaitu seperti peringkat pembinaan judul, peringkat penulisan, peringkat penyuntingan, peringkat siap kamera (CRC), peringkat penerbitan/terbit, hingga peringkat jualan, yang kesemuanya dilaksanakan melalui talian. Manakala, penerbitan konvensional kesemua peringkat dilaksanakan secara manual.
Pada peringkat awal penubuhan Karyanet DBP, Karyanet DBP adalah suatu projek usaha sama antara DBP dengan Syarikat IGD Hitech Corporation Sdn. Bhd. iaitu sebuah syarikat yang terlibat dalam pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi. Projek usaha sama ini telah mendapat pengiktirafan “Status MSC”.
Jelasnya, Karyanet adalah portal yang bersifat pusat sehenti (one stop centre), yang memberikan tumpuan utama kepada aktiviti pembangunan komuniti dan pelaksanaan program kesusasteraan dan lainnya dalam talian. Antara komuniti penting dalam menggerakkan Karyanet DBP adalah terdiri daripada beberapa golongan iaitu penulis, penilai, penterjemah, editor, pereka grafik, penerbit dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam dunia penerbitan, perniagaan serta pembaca genre ...
Seminar berkaitan dunia maya dan penulisan terutama penulisan sastera dan kreatif kerap diadakan di Malaysia. Salah satu kertas kerja tersebut adalah tulisan sdr Irwan Abu Bakar yang mengasaskan e-sastera.com yang boleh dirujuk dihttps://docs.google.com/Doc?id=d5rpzmj_370fg4vdvdg&hl=en
Kertas kerja ini telah dibentangkan dalam Seminar Sastera Siber di Akademi Sastera Siber, Kota Bharu, Kelantan pada 25 Ogs 2006.
CIRI, PERKEMBANGAN, DAN PENYIARAN KARYA SIBER DI MALAYSIA
Oleh: Wan Abu Bakar Wan Abas (Irwan Abu Bakar)
1.0 PENGENALAN
Medium komunikasi manusia banyak menentukan ciri utama karya sastera tamadun masyarakat yang berkenaan. Pada mulanya, manusia moden berkomunikasi secara lisan, menyebarkan maklumat dan ilmu dari mulut ke mulut. Karya sastera yang sepadan juga berkembang secara yang sedemikian, dengan karya banyak dihafaz dan kerap kali ditambah perisa individu atau tempatan.
Pengenlan tulisan dan kemudiannya pembangunan teknologi percetakan, telah banyak merobah gaya manusia berkomunikasi. Ciri karya sasteranya berubah seiring dengan perkembangan itu. Karya sastera menjadi semakin definitif kandungannya. Hak milik karya yang pada mulanya tidak dipentingkan (sama seperti karya lisan) kemudiannya telah beransur-ansur berubah sehingga menjadi perkara yang amat dititikberatkan. Tradisi berkarya secara sedemikian berterusan untuk jangka masa yang sangat lama. Tiada perubahan signifikan yang berlaku kerana cara manusia berkomunikasi dengan menggunakan tulisan dan mesin cetak tidak berubah untuk sekian lama.
Pada tahun 1975, komputer peribadi (PC) mula dipasarkan. Namun sistem komunikasi manusia tetap sama, dengan PC hanya memudahkan kerja menulis dan mencetak. Sekitar tahun 1985 pula, usaha ke arah pembangunan sistem komunikasi internet (yang dimulakan pada tahun 1962) berjaya memperkenalkan sistem internet moden. Melalui sistem komunikasi moden ini, menularlah kaedah berkomunikasi yang baru. Akhirnya, terciptalah wadah komunikasi yang dinamai "alam siber". Seiring dengan perkembangan ini, dunia sastera berkembang melalui medium komunikasi yang baru itu sehingga wujud satu dunia sastera baru yang dinamai cyber-literature (sastera siber) atau e-sastera, dengan ciri-cirinya yang tersendiri.
2.0 CIRI-CIRI UTAMA KARYA SIBER
Ciri paling menonjol karya siber ialah kebolehcapaian yang segera dan meluas, iaitu karya dapat disiarkan di internet lantas dapat diakses dan diberikan respons dengan serta-merta oleh khalayak. Kebolehcapaian ini pula sangat meluas daripada segi geografi, iaitu ke seluruh pelosok muka bumi asalkan wujud sambungan internet di lokasi yang berkenaan. Maka wujudlah apa yang dinamai "dunia tanpa sempadan" bagi karya dan kegiatan sastera. Hanya bahasa sahaja yang menjadi sempadan.
Karya siber juga lazimnya dicirikan oleh sifatnya yagn dinamik, iaitu boleh diedit oleh penulisnya pada sepanjang masa. Ciri keboleheditan sepanjang masa ini menyebabkan karya siber sering digelar "karya yang sedang digarap" (writings in the making).
Daripada segi bentuk, karya siber dipersembahkan dengan cara yang amat berbeza daripada karya cetakan konvensional. Ambil puisi sebagai contoh. Di alam siber, luahan emosi melalui puisi dilakukan bukan sahaja dengan menggunakan manipulasi kata-kata semata-mata. Luahan emos dilaksanakan juga dengan menggunakan aksara darafik yang berwarna dan/atau beranimasi. Juga dapat ditambah kesan bunyi dan suara. Malah lgau puisi (puisi itu dinyanyikan dengan/tanpa iringan alat muzik) juga dapat disiarkan sebagai latar kepada teks yang disiarkan.
Di samping kesan-kesan multimedia yang trsebut, karya dapat jugadisertakan dengan sifat interaktif, iaitu karya itu akan memberikan respons kepada stimulasi pembaca. Misalnya, puisi tentang gempa bumi disertakan ikon yang, apabila diklik, boleh menyebabkan seluruh skrin kompter berkocak. Satu lagi contoh ciri interaktif kraya ialah keupayaan karya itu memberikn pilihan kepada pembaca untuk menetukan kesudahan kisahnya yang dibawa oleh karya itu. Misalnya, pada suatu tahap dalam sesebuah cerpen, pembaca diberi pilihan sama ada mahukan kesuaayang menggembirakan, menyedihkan, dan sebagainya.
Jelaslah bahawa karya siber bukan sahaja "ditulis" semata-mata sebaliknya "digubah" untuk mendapatkan adunan yang baik antara ciri-ciri multimedia dan adunan yang baik pula dengan ciri interaktif. Berasaskan hal ini, maka pengukuran kualiti karya siber perlu dibuat dengan melihat kepada pelbagai ciri yang tersebut. Pada amnya, kualiti karya siber tidak wajar diukur dengan menggunakan kayu ukur yang sama dengan kayu ukur yang digunakan untuk menilai kualiti karya sastera cetakan konvensional.
3.0 PERKEMBANGAN DAN PENYIARAN KARYA SIBER DI MALAYSIA
Karya sastera yang disiarkan di internet oleh penulis yang berada di Malaysia akan dapat diakses dari seluruh pelosok dunia, tidak kira sama ada pelayan (server) yang digunakannya secara fizikalnya berada di Malaysia atau di luar Malaysia. Pelayan yang berada di Malaysia pula dapat menerima input dari negara-negara luar. Maka tidaklah mudah untuk memberi definisi tentang perkembangan mahupun penyiaran "karya siber di Malaysia". Barangkali kita dapat mendefinisikan "karya siber Malaysia" dengan merujuk kepada portal yang dikendalikan oleh seseorang yang berada di Malaysia. Namun hal ini pun tidaklah begitu jelas kerana ada portal (misalnya eSastera.com) yang dikendalikan dari Malaysia tetapi bahagian tertentunya diselia oleh beberapa orang akivis sastera yang berada di luar negara. Barangkali, lebih mudah jika kita membuat rujukan kepada laman web sastera yang menggunakan bahasa Melayu Malaysia sebagai bahasa mediumnya.
Karya sastera disiarkan di pelbagai jenis laman web, seperti yang berikut:
(1) Laman web peribadi, lazimnya weblog. Biasanya menggunakan templat percuma seperti blogspot.com, blogdrive.com, dll.
(2) Laman web peribadi yang menyediakan kemudahan untuk orang lain menyiarkan karya.
(3) Laman web awam, iaitu laman web yang memang terbuka kepada sesiapa sahaja untuk menyiarkan karya. Laman sedemikan ada dua jenis, iaitu (a) laman web umum yang mempunyai ruangan khas untuk menyiarkan karya sastera dan (b) laman web yang khas untuk karya sastera. Laman web dari kategori (b) tidak banyak, dan eSastera.com ialah salah satu daripadanya.
4.0 PENCAPAIAN ESastera.com dapatlah dianggap sebagai portal sastera berbahasa Melayu Malaysia yanag paling terkemuka. Malah portal ini adalah salah satu portal sastera terbesar di dunia, jika diambil kira bilangan genre yang dicakupinya. Berasaskan andaian itu, adalah wajar jika eSastera.com diambil sebagai rujukan dalam memperkatakan tahap pencapaian sastera berbahasa Melayu di alam siber.
(a) Bentuk Karya (Ciri Multimedia dan Interaktif)
ESastera.com telah menerokai pelbagai bentuk karya, termasuk animasi grafik dan teks, audio lagu dan deklamasi, dan penciptaan lagu puisi. Kegiatan mencipta lagu ini merupakan kemaruk terbaru di eSastera.com sehinggakan telah dibangunkan komuniti baru "Lagu Puisi" beberapa bulan yang lalu. Barangkali aspek yang masih kurang diterokai ialah memperkayakan karya di eSastera.com dengan ciri-ciri interkaktif.
(b) Bahasa
ESastera.com berjaya mempertahankan penggunaan bahasa Melayu yang baik (standard) dalam karya-karyanya. Ciri-ciri "bahasa siber" kolokial tidak digunakan kecuali dalam komunikasi tak formal antara ahli.
(c) Pemasyarakatan
ESastera telah mengambil pelbagai tindakan untuk memasyarakatkan kegiatan sastera di alam siber. Antaranya adalah dengan menganjurkan atau mengambil bahagian dalam kegiatan luar talian (off-line) seperti program baca puisi, kursus dan bengkel penulisan, ceramah, penerbitan karya secara konvensional, mengadakan Hadiah eSastera.com (Hescom) yang mengeluarkan anugerah kepada karya terbaiknya secara tahunan, kemunculan tokoh-tokoh eSastera.com dalam pelbagai media konvensional, taklimat kepada badan berwajib seperti DBP dan Kerajaan Negeri Kelantan, dan terbaru penerbitan majalah cetakan keras tak berkala, Sastera.Net, yang berfungsi sebagai jambatan penghubung antara khalayak sastera konvensional dengan kegiatan sastera di alam siber. Pencapaian dari segi memasyarakatkan sastera siber boleh dikatakan memuaskan memandangkan keahlian eSastera.com sudah menjejak lebih 1500 orang dan maklumat tentang eSastera.com juga telah tersiar di pelbagai media cetak konvensional, termasuk majalah Dewan Sastera (isu November 2004). Terbaru, majalah Dian telah menyuarakan hasratnya untuk membuat liputan tentang eSastera.com.
(d) Globalisasi
Ahli eSastera.com datang dari pelbagai lokasi di dunia. Misalnya, ahli dari Singapura, Brunei, UK, dan USA pernah hadir di malam Hescom. Paling menonjol ialah pembangunan komuniti "Poets" sebagai salah satu komuniti utama dalam eSastera.com. Komuniti ini berupaya mengetengahkan puisi Melayu kepada masyarakat antarabangsa dengan menyiarkan versi bahasa Inggerisnya.
(e) Inovasi
Beberap program 'pada talian' dan 'luar talian' telah diinovasikan di eSastera.com. Misalnya, kegiatan menulis e-novel pada talian secara sambung-menyambung dengan bebas dan terbuka, telah mampu menghasilkan novel Hostel: Debaran Kedua yang pernah dikatakan sebagai "salah sebuah novel terbaik di alam Melayu" dan "yang pertama seumpamanya di dunia". Kegiatan luar talian Akademi Sastera Siber yang baru dianjurkan eSastera.com ialah inovasi yang menarik.
(f) Pendidikan
Pembentukan komuniti "Haiku dan Tanka" (puisi tradisional Jepun) merupakan usaha mendedah dan mendidik aktivis sastera Melayu kepada karya sastera Jepun yang popular, iaitu haiku, tanka, dan senyru. Usaha ini akan dapat menimbulkan kemesraan budaya antara kaum.
(g) Wawasan
Tindakan eSastera.com mewujudkan laman kembar eSasterawan.com yang berbentuk weblog dapat dianggap sebagai satu tindakan pragmatik kerana kegiatan blogging pada hari ini amat popular dan berpotensi untuk menjadi satu lagi wadah menyemarakkan kegiatan sastera. Begitu juga dengan tindakannya menerbitkan e-majalah sastera-sms dapat dianggap sebagai tindakan yang "mendahului masa" dalam memerkasakan sastera berbahasa Melayu.
5.0 PENUTUP
Dunia sastera berbahasa Melayu Malaysia telah bertapak kukuh di internet, terutamanya melalui e-majalah eSastera.com. Kemajuan yang dicapai oleh eSastera.com dapat dianggap amat baik jika dibandingkan dengan portal-portal sastera negara maju sekalipun. Apa yang perlu kini adalah untuk meramaikan lagi bilangan rakyat yang melibatkan diri dengan kegiatan sastera siber berbahasa Melayu Malaysia, terutamanya dengan menyediakan prasarana yang lebih baik dan lebih mampu dimiliki oleh rakyat biasa.
Tulisan penulis yang sama juga boleh dibaca dalam e-sastera.com melalui entri dihttp://esastera.com/kk/internetpoetry.htm.

NEW THINKING ON CYBER POEMS
By
Wan Abu Bakar Wan Abas
Department of Biomedical Engineering, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Abstract
Department of Biomedical Engineering, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia.
Abstract
The internet is a new but powerful medium to publish one’s poems. It comes with a myriad of facilities that enhanced the presentation and appreciation of poems. There are also a number of other advantages associated with publishing one’s work on the internet. However, there is a need for a paradigm shift in the way one appreciates and controls the quality of a poem.
1. What is a cyber poem?Simply, a poem published on a web page.
2. Why publish poems in the internet?Why not? The internet is another medium available to us today. It is modern and promising. It is the medium of the current generation. And definitely the medium of the future.
3. You publish a poem in the internet. So what?You generate a “cyber-poem” which is immediately accessible to readers from all over the world.
4. How do you write a cyber-poem?(a) You do not just “write” a cyber-poem. You “design” one. A cyber-poem is generally multi-media in nature. It is made up of texts and graphics (still or animated), and audio. It may also be interactive, responding to stimuli from the readers. (b) Of course, you may also type the text like you normally do, and publish it on a web page. However, this generates what I would term a “primitive” cyber poem.
5. What is the difference between an “ordinary” multi-media poem and a cyber-poem?An ordinary multi-media poem has all its components stored in the hard-disk or floppy disk. If the disk is corrupted, nothing can be retrieved for display. In the case of a cyber poem, the components are normally stored at different locations (servers) all over the world and assembled in real-time via the internet links. If one of the elements cannot be retrieved, the other elements can still be retrieved, assembled, and displayed.
6. These web pages that display poems, are they all the same?No. As a matter of fact, there are generally two types of web pages that display poems:
(a) The first is “personal” (or “private”) web pages. A personal (or private) web page belongs to an individual or a group of individuals and displays poems belonging to the owner(s).
(b) The second is “public”. A public web page is opened not only to the owner(s) but also to other writers to publish their poems. There area two types of public web page. (i) The first operates through writers submitting their poems to the owner of the web page. The owner “evaluates” the submissions and publishes them if they are considered suitable. (ii) The second is more “democratic” where the writer himself publishes his poems onto the web page. The poem is evaluated (generally for edition or deletion) by the owner of the web page after it has been published.
7. What about control of quality?This requires a paradigm shift. The burden of ensuring the quality of your work rests no longer with the owner of the web page but with the author.
8. Any paradigm shift associated with appreciating the cyber poems?
Yes. One no longer appreciates the words and arrangement of words only. One also appreciates all that comes with it, including the graphics, animations, sounds, etc.
9. How far has we advanced in the area of publication of cyber-poems?Today you can get (1) colours, (b) animated graphics, (c) animated texts, (d) accompanying music and other sound effects, and the latest, (e) voice of the author reading his poems. Of course, one can also show the visual of the author reading his poems.
10. What advantages do one gets by publishing your poems in the internet?Many. Among them are (a) quick or even immediate publication, (b) cheap, (c) wider audience (geographically), and (d) sophisticated and modern presentation.
11. One only wants to appreciate the words and word arrangements in a poem, so why the trouble of putting in the other elements?If that is your idea about poetry appreciation, then you may stick to your style. No qualms about it. Cyber-poems are for people who want to change their style of presenting their poems and the way they appreciate poems.
12. How wide-spread is the activity of publishing the poems on the internet?In every country, including in Asia, you will generally find a few major public web pages and many personal web pages. (a) In Malaysia, the major public web pages are the esastera.com (publishes by an individual through the company kAPAS Enterprise), pustakamaya.net (belonging to the Writers Association of Johore PPJ), and karyanet.com (run by Dewan Bahasa dan Pustaka, the government agency for literature development and dissemination). The portal melayu.com which publishes a myriad of matters concerning the Malays also has a section on literary works including poetry. These web pages publish Malay poems with the exception of esastera.com which also has a section on Malay Poems In English (labeled “Magpie”) as well as New and Original English Poems (labeled “Neopie”). (b) In Indonesia, the major public web page which accepts submission of literary works including poetry is the cybersastra.net.
13. Translation of poems on the internet?(a) Yes. This is probably the easiest, fastest, and cheapest way to get your poems read by people who do not understand the language in which the poems are originally written. Internationalisation is the target. Esastera.com has arranged an affiliation with a poetry community in the USA, thus there is a direct opening of the translated Malay poems to poetry lovers in America (and, of course, the rest of the world).
(b) A Malay poem (“Mengkhayali Bulan” by Hasimah Harun) published in esastera.com recently was translated into Russian by Dr. Victor Pogadaev and published in the Russian public literature e-magazine "Russian Pereplet" (http://www.pereplet.ru/).
(c) Esastera.com also has translated Malay poems displayed in English with the voice of the writer in the background reading the original Malay version of the poems.
14. Any other pertinent points about publishing poems in the internet?There are a few. (a) Some web pages allow the author to continuously access their poems. You may edit and improve them as often as you like. Thus your poems are rather “dynamic”. (b) You can get immediate response from the readers. As a matter of fact, some web pages allow the author to communicate with the readers continuously. (c) You can participate in “fast competitions” like the 24-hour poem “topical” (thematic) writing competitions organised from time to time by esastera.com.
15. What does one need in order to involve oneself with publishing poems in the internet?One needs a computer with internet connection. Alternatively, one may visit any cyber café (about once a week at least).
16. What happen if one refuses to participate in the activity of publishing one’s writing on the internet?Nothing will happen to you. However, if you are a young writer, say below 50, and intend to continue writing for a while yet, you will become obsolete by not publishing in the internet. You will lose many potential readers and fans.
17. How confident can one be that the internet is a good alternative to the conventional medium for publishing poems?
I do not see the internet as an alternative to the conventional medium. It complements the conventional medium, but is very powerful. Both the media should continue to co-exist.
Asian-International Poetry Assembly: Seminar on New Thinking in Asian Poetry, University of Malaya, Kuala Lumpur, Malaysia, 15-17 December 2003.
Tulisan ini dipetik dari Bernama.com yang boleh dilayari melalui laman webhttp://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=433847. Tulisan ini telah disiarkan secara online pada 18 Ogos 2009.
Evolusi Sastera Siber Bermula - Sasterawan Negara

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) -- Evolusi penulisan sastera yang kini mula berkembang di internet terutama di kalangan golongan muda tidak harus disekat walaupun terdapat karya yang kurang bermutu, kata Sasterawan Negara Datuk Dr Mohd Anuar Rethwan.
Ketika ditemubual dalam rancangan Appointment di Radio 24 hari ini, Mohd Anuar berkata terdapat juga karya yang disiarkan oleh blog dan jaringan sosial mempunyai kualiti sastera kreatif yang baik.
"Saya tidak menganggap sastera itu rosak apabila ia ditulis dalam medium lain seperti internet. Penulisan sastera di alam siber masih di peringkat evolusi, jadi mutunya belum diketahui, tetapi bukan semua yang tidak bermutu. Ia belum menjadi piawaian antarabangsa," katanya.
Namun, beliau berkata persoalan yang berkisar dalam karya kreatif itu tidak dapat ditulis dengan mendalam kerana faktor ruang yang terhad dan emosi yang ingin disampaikan agak terjejas.
Beliau berkata internet mempunyai potensi untuk menarik lebih ramai golongan meminati sastera kerana penyebaran tulisan yang lebih pantas dan meluas berbanding medium lama.
"Sastera tidak akan hilang ciri-cirinya apabila ia digunakan di alam siber. Apa yang penting mesej yang terdapat dalam kandungan sastera itu masih menerapkan nilai-nilai baik. Teknologi bukan satu kesalahan tapi ia menyampaikan idealisme," katanya.
Mohd Anuar berkata antara karya kreatif yang dilihat mampu mengangkat nama baik sastera dalam medium internet adalah puisi, cerita pendek, novel dan drama. Sastera itu, kata beliau, akan lebih menarik jika penulis mengambil berat tentang tema dan selera masyarakat yang sesuai dengan masa kini.
"Ia tidak harus berkisar tentang cinta sahaja, apa yang saya dapati persilangan budaya antarabangsa merupakan tajuk yang paling banyak dihasilkan dan diminati golongan muda. Formula ini harus menjadi ikutan penulis senior," katanya.
Beliau berkata penulis muda yang baru berjinak-jinak dalam bidang sastera, boleh mempelajari teknik yang digunakan penulis barat di dalam internet tetapi tidak harus menelan bulat-bulat tanpa menyaring kesesuaian latar agama dan bangsa.
--BERNAMA
Dilaman web sastera-sms yang boleh dilayari di http://www.sastera-sms.com/editorial.htm
pula, artikel ini boleh dibaca;
SASTERA SEBAGAI PENGUNGKAP HARI DAN PERISTIWA
Oleh: Amir Mukhriz
Editorial 18 Jun - 24 Jun 2006
Selain daripada bercerita, sastera mempunyai seribu satu lagi fungsi-fungsi yang pelbagai, bergantung pada tujuan dan maksud yang ingin dicapai penulis atau penyair. Sastera mampu menjadi senjata, menjadi penenang jiwa, menjadi tempat melampiaskan duka lara, dan maksud-maksud lain mengikut inti dan kulit karya sastera itu sendiri.
Satu perkara yang tidak asing bagi kita ialah kehadiran sastera di dalam memainkan peranan pada hari-hari istimewa. Daripada hari perayaan bangsa dan agama, hinggalah hari sambutan kemerdekaan sesebuah negara. Karya sastera, adalah pengungkap yang terbaik dalam menceritakan segala macam perasaan yang berkaitan dengan sesuatu peristiwa atau hari yang di sentuh.
Pada hari editorial ini diterbitkan, kita menyambut Hari Bapa, satu hari yang dikhususkan bagi menghargai jasa pahit maung insan yang bergelar bapa, walau pada hakikatnya jasa mereka perlulah kita raikan setiap detik dan ketika. Bagi membuktikan peranan sastera di dalam mewakili ucap kasih sempena pengorbanan seorang bapa, seorang penyair telah bersajak bermediumkan khidmat pesanan ringkas (SMS). Karya beliau secara tidak langsung telah membuktikan betapa sastera adalah antara medium terbaik di dalam menzahirkan penghargaan, dan juga, secara langsung, menunjukkan betapa SMS merupakan kaedah alternatif kita di dalam memaksimakan apa yang mampu dijayakan sastera.
Kepada pembaca semua, teruslah berkarya, bersastera, dan selamat berkarya bersama e majalah Sastera SMS. Kepada insan-insan yang bergelar bapa di luar sana, di dalam pengorbanan kalian, di dalam penat lelah kalian, di sini kami, anak-anak, akan sentiasa mendoakan kebahagiaan kalian, semoga dirahmati Tuhan. Jumpa lagi minggu hadapan, wassalam.
Sastera SMS : Di mana duduknya?
Oleh: Irwan Abu Bakar
Editorial 4 Jun - 10 Jun 2006
Sastera SMS mungkin istilah yang baru bagi sebahagian pembaca. Namun kita tentu telah biasa dengan istilah "pantun sms" dan "jenaka sms". Istilah "Sastera SMS" diperkenalkan untuk merangkumi genre-genre sastera yang lain di samping pantun dan jenaka, yang disebar orang melalui medium sms (telefon bimbit).
Memang kita akui bahawa ciri-ciri karya sastera berubah dengan sistem komunikasi yang digunakan di sepanjang zaman. Kita bermula dengan sastera lisan, kemudian sastera tulisan, diikuti pula sastera siber. Masing-masing mempunyai ciri tersendiri. Tentunya selepas itu wujud sastera sms yang menggunakan sistem komunikasi terbaru, iaitu sistem sms melalui telefon bimbit.
Karya sastera sms mempunyai sifat ringkas, padat, peribadi, impromptu. Rata-rata isinya sinis atau lucu. Kebanyakannya tersebar secara bebas tanpa mementingkan authorship atau siapa pengarangnya. Sastera sms seolah-olah membawa kita kembali kepada beberapa ciri sastera rakyat (lisan).
Kami mengikuti perkembagan sastera sms dalam masyarakat dengan penuh minat. E-majalah ini diharapkan dapat berfungsi untuk merakamkan apa yang berlaku.
Forum perbincangan Pergh di http://www.pergh.com/forum/index.php?topic=3774.0
Forum perbincangan Pergh di http://www.pergh.com/forum/index.php?topic=3774.0
menyelitkan tulisan tentang sastera siber seperti berikut;
Sastera Dalam Dunia Siber: Antara Yangg Bergerak Dan Yang Kaku
SEKURANG-KURANGNYA tiga artikel menyentuh isu sastera dan siber tersiar dalam ruangan Sastera dan Budaya Berita Harian. Salemah Sudin dengan Sastera Siber Perlu Berjiwa, Fudzail dengan Antara Sastera Siber Dengan Sastera Dalam Siber, dan Lee Keok Chih dengan Menanti Fajar Sastera Siber. Tidak silap saya Fudzail pernah juga menyebut hal yang sama sebelum ini dalam surat pembaca Dewan Sastera dan Utusan Malaysia. Malah, tidak mustahil, di luar pengetahuan saya, hal ini turut disorot penulis-penulis lain atau pun sekurang-kurangnya diwarungkopikan melalui bicara-bicara kosong sesama penulis.
Ia menjurus kepada satu penerimaan, betapa sastera Malaysia terlalu asing dalam dunia siber yang sudah menjadi fenomena mengkagumkan dunia hari ini. Untuk dibandingkan dengan negara jiran, Indonesia, saya kira sastera Malaysia masih lagi terkebelakang dalam mengoptimumkan eksploitasi wadah yang paling mudah dan paling murah ini. Pengalaman saya mencari cerpen dengan menggunakan enjin pencarian lebih banyak menemukan cerpen-cerpen dari Indonesia dari karya tanah air.
Mudah kerana sesiapa pun boleh akses sebarang maklumat atau menghantar sebarang idea melalui dunia siber, manakala murah kerana ia hanya melibatkan kos yang minimum untuk meneroka alam tanpa sempadan ini. Masalahnya, mengapa pula penggiat sastera tidak memanfaatkan kemudahan dan kemurahan ini?
Saya kira tidak ramai di kalangan khalayak penulis yang berjaya menggunakan wadah ini. Selain Fudzail dengan e-group, Faisal Tehrani dan Uthaya Sankar dengan hompej atau pun Saharil dengan jurnal online, saya tidak melihat penulis mapan mengeksploitasi wadah siber ini dengan optima. Ada lagi penulis yang memiliki hompej sendiri tetapi terbiar tanpa up-date.
Isu ini bukan hanya berlaku sekitar masyarakat sastera tanah air, malah turut disentuh penggiat sastera di Mesir, apabila ada yang mengeluh betapa tiadanya hompej yang dibina untuk memperingati Naguib Mahfouz, pemenang Anugerah Nobel Kesusasteraan. Justeru, tidak hairanlah kalau hompej Sasterawan Negara pun tiada. Seperti kata-kata Pak Pandir, "Bukan Mak Andih sahaja yang kematian anaknya."
Saya tidak berminat membincangkan sama ada sastera siber atau pun sastera dalam siber. Ia sudah jauh dari lingkungan kefahaman saya. Saya hanya mahu meninjau sejauh mana penulis dan sasterawan memanfaatkan dunia siber untuk memantapkan dunia sastera.
Mungkin kita boleh memaafkan sasterawan dan penulis pada peringkat umur melebih 50 tahun. Mereka tentu ada masalah tersendiri berdepan dengan dunia siber ini, tetapi tentulah kurang manis melabelkan mereka sebagai kegagapan.
Ada yang serik menggunakan komputer, barangkali terlupa menyimpan data cerpennya, atau ada yang lebih gemar menggunakan pos daripada e-mel, tentulah tidak wajar diistilahkan sebagai gagap. Belum lagi berdepan dengan musuh utama komputer, virus! Ia adalah kelemahan, dan ia tidak semestinya ditampung sasterawan atau penulis itu sendiri.
Ambil contoh mudah, Faisal Tehrani meski pun memiliki hompej sendiri, tetapi ia dibina orang lain. Bukankah itu menunjukkan Faisal bijak menampung kelemahan [kalaulah itu menjadi kelemahannya] dengan meminta bantuan pakar. Begitu juga hompej yang dibina sebagai dedikasi terhadap sasterawan besar dunia atau pun pemenang Nobel. Sudah tentu laman-laman ini dibina penyanjung kepada karya dan sumbangan sasterawan tersebut, bukan individu itu sendiri. Justeru, hubungan timbal-balik antara sasterawan dan graphic designer inilah yang dapat mengoptimakan kegiatan sastera dalam dunia siber ini.
Dalam masa yang sama jangan lupa, di sebalik kekontangan gergasi besar sastera dalam dunia siber seperti DBP, Gapena dan Pena, ada individu atau komuniti kecil berbekalkan kepada minat dan kemahiran cuba merancakkan dunia sastera.
Ambil contoh Melayu.com yang menyediakan ruangan cerpen dan sajak, sehingga penulis siber lain mampu menghantar karya mereka. Malah, cerpen dan sajak tersebut akan dinilai pula. Meski pun penilaian tersebut tentulah tidak dapat menyaingi kritikan sastera berlandaskan teori yang membebankan itu, tetapi ia dapat ditanggap dengan baik pula oleh penulis berkenaan.
Pinggirkan terlebih dahulu kelemahan penulis siber sama ada dari sudut bahasa dan sebagainya, sebaliknya rendahkan ego diri menghargai kesungguhan mereka, sekurang-kurangnya menyalurkan bakat dan minat dalam sastera melalui dunia siber. Mereka yang terpinggir dari pandangan pengkritik dan sasterawan memberikan sumbangan besar terhadap perkembangan sastera dalam dunia siber ini, di sebalik hinggar-binggar dunia sastera konvesional, tetapi terkial-kial menempatkan diri dalam dunia tanpa batasan ini.
Sudah tentulah dengan kebebasan yang dikecapi ini, saringan, tapisan atau editan golongan editor sudah tidak berguna lagi. Malah, adalah terlalu aneh bunyinya apabila ada saranan supaya segolongan tertentu berperanan sebagai editor terhadap karya yang bertebaran dalam dunia siber ini. Adakah ia bermakna sesiapa yang mahu menyiarkan karya mereka melalui laman web atau e-groups perlu mendapatkan restu dari gergasi sastera itu? Saya harap pandangan ini tidak dibiarkan berleluasa, bimbang bakal ditertawakan dunia pula nanti.
Kelab Maya Sastera Malaysia [KMSM] pula ditubuhkan gabungan antara penulis profesional dengan khalayak amatur serta peminat sastera. Sebagaimana wujudnya sasterawan dan penulis ternama seperti Fudzail, Faisal Tehrani, Zaharah Nawawi dan Ramli Abdul Rahim [sekadar menyebut beberapa nama], wujud juga penulis amatur dan peminat sastera yang dahagakan sastera di dunia siber. Jangan sebut tentang karya tangkap muat, tanpa mutu atau bersifat sampah, sekiranya dalam masa yang sama tiada karya yang bermutu tinggi diketengahkan dalam dunia siber. Luangan kosong mesti diisi, dan mereka ini cuba memenuhkan rongga kosong dengan kesungguhan dan sedikit bakat yang ada.
Begitu juga, dunia siber juga melahirkan seni sastera yang baru, iaitu, jurnal online. Berbeza dengan jurnal atau diari konvesional, jurnal online ini dihasilkan dan dipaparkan secara terbuka sehingga sesiapa sahaja boleh membaca atau download jurnal tersebut. Tidak mustahilkah jurnal online ini akan berkembang sebagai seni sastera yang diterokai manusia yang tidak bergelar sasterawan atau karyawan?
Cuba rujuk www.jurnal.dot.nu yang menjadi penghubung antara khalayak penulis jurnal ini, dan anda akan menemui keanehan dunia sastera yang tersembunyi [tetapi semakin terselak]. Terima kasih kepada majalah Jelita kerana mendedahkan cabang sastera yang tersembunyi ini. Sehingga kini seramai 145 individu yang berdaftar sebagai Geng Jurnal, bertebaran di seluruh Malaysia, malah melangkaui sempadan negara dari negara yang paling barat [Amerika Syarikat] hingga yang paling timur [Jepun].
Sekali lagi, abaikan kesalahan tatabahasa atau pun penggunaan slanga dan bahasa basahan ini, kerana mereka sedang merancakkan dunia sastera siber di sebalik kebekuan dan kekeluan gergasi sastera dalam dunia tanpa penguasaan total ini. Lagi pun bukankah sifat jurnal itu mesti lahir dari hati, tanpa dikengkangi faktor bahasa? Cubalah gunakan enjin pencarian untuk menilai siapa yang banyak merancakkan dunia sastera dalam siber, antara golongan sasterawan dan penulis profesional ini atau khalayak amatur ini?
Mujurlah, dalam kekeluan gergasi sastera, Berita Harian yang kemudiannya diikuti Utusan Malaysia menyiarkan karya dan artikel sastera dalam edisi online. Itu pun, kerap-kali juga tidak diup-date, atau berlaku kesilapan kecil tetapi besar maknanya, seperti mencicirkan nama penulis daripada karya atau artikel yang disiarkan.
Minta maaf kalau saya katakan, seperti tiada maklumat dan ilmu baru saya peroleh apabila menziarahi laman web DBP. Kalaulah laman tersebut diterjemahkan dalam bentuk stor penyimpanan fail, sudah tentu bersawang dengan sarang labah-labah. Sindiran Fudzail terhadap perkara itu saya kira tiada seorang pun yang mengambil endah.
Bagaimana pula dengan persatuan-persatuan penulis yang bertebaran di tanah air? Adakah perebutan kepemimpinan itu lebih bermakna daripada menggerakkan sastera dalam dunia siber ini? Cubalah selidiki berapa buah persatuan yang mempunyai laman web sendiri, dan berapa pula yang sentiasa up-date laman mereka.
Sudah tentulah, adalah terlalu jauh untuk kita gapai kemajuan sastera dunia Barat dalam siber, sehingga sekarang ini wujud pula penerbit maya yang bersedia menerbitkan novel dalam bentuk non-konvesional. Namun, sekiranya gergasi-gergasi sastera ini masih berada dalam kekeluan dan kebekuan, dalam masa yang sama tidak memandang usaha khalayak yang lain merancakkan dunia sastera dengan cara yang tersendiri, maka selagi itu, luahan Lee Keok Chih akan tergumpal dalam keluhan semata-mata.
KMSM, Melayu.com dan jurnal online ini akan bergerak sendirian, serta memunggah pengikutnya sedikit demi sedikit, tetapi bagaimana sastera yang diperjuangkan gergasi-gergasi berkenaan? Mereka ini yang dituduh menghasilkan karya yang kurang berjiwa lebih pandai memanfaatkan ruang siber.
Apa guna sastera, kalau hanya terkandung dalam timbunan kertas kerja atau majalah. Bukankah sastera itu wadah ampuh menghantar idea dan pemikiran ketamadunan, dari manusia kepada manusia? Apa nilai sastera sekiranya ia datang dari manusia, tetapi terbelenggu dalam sikap jumud terhadap perubahan teknologi maklumat!
Utusan online di http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=1029&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sastera&pg=sa_02.htm pernah menulis tentang kegiatan Sastera Siber seperti berikut;
ARKIB : 29/10/2006
Sidang serantau sastera siber 2006
Program bertemakan ‘Memperkasa sastera Melayu melalui Internet’ itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Disember ini. Matlamatnya untuk mengetemukan aktivis dan peminat sastera siber dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan lain-lain.
Hescom 06 ialah majlis penyampaian anugerah untuk karya-karya terbaik yang disiarkan di e-majalah eSastera.com sepanjang tahun 2005/06.
Penganjur sedang berusaha mendapatkan kerjasama badan-badan lain untuk menjadi penganjuar bersama, seperti Persatuan Sastera Siber Malaysia (Pesiber), DBP Malaysia, dan DBP Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman webhttp://www.esastra.com/sidang06.
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Majalah Dewan Sastera telah memfokuskan tentang sastera siber di http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=224
Contoh kedua ialah apresiasi terhadap sebuah e-novel (novel seperti Hostel yang ditulis secara sambung-menyambung di internet dan berbeza dengan novel yang disiarkan di internet setelah selesai ditulis). Sesebuah e-novel tidak diapresiasikan setelah proses pengkaryaannya tamat sebaliknya diapresiasikan (dibaca) semasa sedang ditulis. Penulis-penulis dan pembaca-pembaca semuanya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada seseorang watak dan kepada cerita keseluruhannya. Tidak ada bab/halaman akhir untuk dibelek jika kita berasa ingin tahu apa yang akan berlaku. Malah pembaca yang berminat dapat pula menyambung sendiri novel itu bagi menentukan arah cerita. Membaca sebuah e-novel menghampiri keadaan kita melihat watak yang hidup dalam dunia sebenar: hari ini kita bertemu dengannya, namun kita belum tahu apa-apa yang akan berlaku kepadanya selepas itu.
Pernyataan (2) yang menganggap bahawa internet akan menjadi medium penerbitan yang penting pada masa hadapan adalah juga suatu mitos. Hakikatnya, internet atau alam siber (saya akan gunakan dua istilah ini secara bersinonim dan abaikan perbezaan teknikal antaranya), telah pun menjadi medan penerbitan karya sastera yang penting dan amat menonjol pada hari ini. Lihat sahaja bagaimana laman web poetry.com telah merevolusikan cara orang Barat menerbitkan kreativiti mereka dalam genre puisi. Bagaimana pengendali laman web yang berkenaan dapat menjana pendapatan melalui penerbitan dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan dengannya. Di samping itu, semua perkara yang saya perkatakan di atas tentang karya multimedia dan interaktif di internet ialah perkara yang sedang berlaku dan bukannya perkara yang diharapkan akan berlaku. Di Malaysia sendiri, misalnya, tradisi mengkomposisikan sajak siber berbentuk multimedia dengan menggunakan link-link internet telah dimulakan di majalah elektronik sastera, esastera.com, hampir dua tahun lalu secara selangkah demi selangkah. Kini proses itu telah pun hampir matang. Hampir kesemua aspek multimedia telah diterokai sekadarkan penulisan karya interaktif masih belum berjaya dilaksanakan. Jelaslah bahawa hal ini bukanlah perkara baharu yang sesuai untuk masa akan datang, sebaliknya sesuatu yang sudah pun bertapak kukuh dalam tradisi berkarya generasi baharu.
Di Malaysia, satu-satunya laman web awam yang mengkhusus kepada penyiaran bahan-bahan berkaitan sastera berbahasa Melayu secara sistematik ialah esastera.com (diterbitkan oleh individu melalui syarikat E-sastera Enterprise). E-majalah ini dibuka 24/7 (24 jam sehari dan tujuh hari seminggu) untuk penulis menyiarkan sendiri karya mereka atau membaca karya yang disiarkan. Majalah itu dibahagikan kepada 13? komuniti? sastera yang berlainan. Setiap komuniti dipisahkan dengan jelas untuk menangani genre yang berlainan seperti sajak, cerpen, sajak jenaka (sajen), pantun, haiku (puisi tiga baris dari Jepun), novel, dan sebagainya. esastera.com akan menyambut ulang tahun keduanya pada 20 Disember 2004 ini.
Laman web ini menghimpunkan banyak artikel ilmiah termasuk berkaitan penulisan secara siber, boleh dilayari di http://dinakan.tripod.com/karya/karya47.htm
SASTERA DALAM DUNIA SIBER (UM 11/97)
Perubahan yang melanda dunia sejagat dengan merebaknya teknologi maklumat (IT) terutama Internet adalah satu revolusi. Revolusi yang melebarkan pengaruh IT dalam kehidupan manusia seluruhnya. Di tanahair, dengan wujudnya MSC sebagai agenda kerajaan dalam menjadikan IT dan multimedia sebagai asas komunikasi utama, dengan sendirinya pelbagai bidang lain dalam kehidupan seharian kita tidak dapat mengelakkan diri dari pengaruh IT. Salah satu bidang yang seharusnya segera melengkapkan diri ialah sastera. Dunia sastera di Malaysia masih ditahap yang tidak berubah. Kemajuan negara tidak dapat dicerminkan dengan pembangunan sastera seluruhnya. Malah tidak dapat disangkal, sastera seakan dibayangi oleh proriti lain dalam gagasan pembangunan negara.
Sastera adalah satu pelengkap tamadun bangsa tidak juga kian kekurangan khalayak dikalangan masyarakat. Malah ada kalanya menerima sambutan diluar dugaan, seperti mana malam puisi "Pujangga Khas" anjuran TV3 bulan Ogos lalu yang dihadiri lebih lima ribu penonton. Begitupun, ledakan IT dan Internet boleh membantu perkembangan sastera ke maksima. Pejuang-pejuang sastera seharusnya melihat ada saluran baru yang cukup kuat untuk menarik lebih ramai peminat sastera untuk berkecimpung dan seterusnya lebih aktif, kalau tidak menjadi peminat sastera. IT membawa pelbagai kemungkinan baru yang selama ini mungkin menjadi bahan cerita fiksyen sains semata. MSC misalnya akan mengujudkan kerajaan elektronik di mana rakyat akan lebih mudah untuk berurusan dengan kerajaan. Sudah wujud juga penerbitan online yang dengan mudah membolosi dunia siber dan menerima sembutan hebat.
Pada hari ini akan akan lebih mudah untuk memahami karya-karya William Shakespeare melalui CD-ROM yang mengabungkan bentuk lisan dengan klip-klip persembahan dan maklumat sejarah. Kemampuan Intternet yang terus dipertingkatkan untuk melakukan pelbagai kerja seharusnya juga di manafaatkan oleh penggiat sastera. Dengan kemampuan audio, visual, hyperlinking and storan data yang tinggi, komputer boleh membantu para penulis misalnya untuk mengeksplorasi segala yang rumit dan kompleks mengenai manusia sendiri. Yang selama ini kabur dalam penulisan abstrak. Setidak-tidaknya, Internet memberikan terma-terma baru yang memperkayakan bahasa dan juga sebagai sumber rujukan. Dunia siber yang tidak bersempadan dan mengatasi imaginasi boleh menjadi sumber karya. Kalau tidak Internet itu sendiri adalah ruang karya.
Bentuk-bentuk fiksyen yang lain mungkin menyatukan suara, muzik, gambar dan video, atau membawa kita dari satu laman web ke laman web lain yang akan memberikan sesuatu karya itu pengertian yang lebih mendalam. Sesuatu yang dahulunya mustahil untuk dilakukan dalan bentuk konvesional yakni percetakan. Tidak hairan interaksi dimana pembaca turut menjadi penulis atau sebahagian dari cerita yang dipaparkan dengan mengubah cara naratif melalui pilihan sama ada untuk menjadi salah satu watak atau berinteraksi dengan karektor yang lain.
Karyawan mungkin tidak mampu untuk mengeksploitasi teknologi maklumat tanpa bantuan mereka yang terlibat secara langsung seperti pengaturcara (programmer). Memindahkan bahan-bahan karya bukanlah mudah kerana memerlukan daya kreatif dan teknikal yang tinggi. Apalagi untuk manjadikan bahan baru ini sebagai wadah berkarya.
Sesunguhnya suatu hari nanti, sastera yang ada pada hari ini adalah sekadar kajian sejarah yang mungkin tersimpan dalam arkib-arkib komputer dan perpustakaan maya. Malah tidak mustahil bahan-bahan itu juga dipelbagaikan medium untuk menampung keperluan masyarakat siber yang menggemari sastera 'klasik' ini. Perjalanan ke arah itu telah bermula hari ini!
Di laman sawang yang sama, http://dinakan.tripod.com/karya/karya29.htm saya turut temukan tulisan ini;
BAHASA MELAYU DAN PEMANFAATAN TEKNOLOGI (DEWAN BAHASA 2/99)
Oleh: EDITORIAL (email Fudzail)
SEMENJAK teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai dunia usaha, badan pelaksana bahasa dan ahli bahasa tidak mahu ketinggalan di belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi memasyarakatkan bahasa melalui “Teknologi Bahasa Manusia” (TBM). Misalnya, Defense Department`s Advanced Research Project Agency, Amerika Syarikat dan beberapa industri komputer lainnya seperti IBM dan AT & T telah membiayai penyelidikan “Sistem Bahasa Ucapan”. Sebagai hasilnya, pada tahun l971 dan tahun l976, program ucapan Advanced Research Project Agency untuk pengenalan sebanyak l000 kata telah dihasilkan. Di samping mengembangkan projek Sistem Bahasa Ucapan, badan-badan bahasa di dunia juga sedang mengembangkan “ Sistem Bahasa Tulisan”. Tujuan pembinaan dan pengembangan Sistem Bahasa Tulisan ini adalah untuk mempermudah penyelidik dan pengguna bahasa dalam penyemakan ejaan, penggunaan istilah, pemenggalan kata, pemeriksaan tatabahasa, dan ketepatan makna dalam penterjemahan.
Kemajuan yang tampak daripada usaha yang dirintis oleh Defense Department`s Advanced Research Project Agency ini, telah dimanfaatkan oleh pakar teknologi komputer dan ahli bahasa Jepun dalam memasyarakatkan dan mengembangkan pemelajaran bahasa Jepun untuk orang asing yang hendak mempelajari bahasa Jepun. Keberhasilan ahli bahasa Jepun tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka memperkenalkan karya berbahasa Melayu melalui sistem yang sama. Untuk merealisasikan program ini, Dewan bahasa dan Pustaka, Universiti Teknologi Malaysia, dan salah sebuah syarikat komputer Jepun telah mencuba mengadakan kerjasama. Namun, projek yang ideal ini akhirnya terbengkalai di tengah jalan dan lenyap bersama dengan perkembangan teknologi itu sendiri.
Namun, usaha untuk memanfaatkan teknologi komputer untuk memasyarakatkan bahasa Melayu terus diusahakan, dan sebagai hasilnya pada tahun l990-an, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama syarikat Iventec Group, Taiwan dan Maprint Sdn. Bhd. telah berhasil mengeluarkan Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1. Kejayaan kita ini, memungkinkan pemelajaran bahasa Melayu dikembangkan dan dimasyarakatkan dengan lebih terserlah dan efisien. Suatu hal yang cukup penting dalam pemasyarakatan bahasa Melayu dan pemanfaatan teknologi ini, ialah amalan budaya “hangat-hangat tahi ayam” - ghairah bersama dengan keghairahan perkembangan teknologi maklumat (IT) dan kemudian akan terhenti dengan sendirinya apabila teknologi komputer ini menjadi barang mainan kanak-kanak. Fonemena ini dibangkitkan kerana beberapa tahun yang lalu, badan perancang bahasa dan ahli bahasa sibuk untuk men-CD-Romkan pelbagai bahan dalam bahasa Melayu, tetapi kini telah dimuziumkan.
Friday, July 31, 2009, 2:20:32 PM noreply@blogger.com (JAYA RAMBA)
Alat terpantas pada masa ini adalah media dan teknologi maklumat. Pengaruh media dan teknologi maklumat tidak dapat disekat apabila ada pihak-pihak tertentu yang tidak dapat menilai kegunaan sebenar media massa ini. Undang-undang sedia ada seperti telah diketepikan dan garis panduan seakan boneka. Ini sedikit sebanyak menjadikan matlamat media dan teknologi maklumat sebagai penyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat tidak tercapai. Isu polisi, peraturan dan undang-undang media dan teknologi maklumat sudah tidak dihiraukan. Pada waktu ini, apa tindakan daripada pihak bertanggungjawab? Maka, perlu dipantau dan diberi kesedaran laman sesawang yang mengandungi isi yang boleh menjadi kemelaratan pegangan masarakat.
Analisis saya tertumpu kepada beberapa laman sesawang dalam bahasa Iban yang saya rasa patut dilihat sebagai pengajaran yang wajar. Antara laman sesawang yang saya maksudkan ialah www.ruaikitai.com, www.radiokitai.com, www.rumahpanjai.com,www.dayak.com, www.rumahdayak.com, www.anakiban.com, www.wandayak.com, www.jendela-kenyalang.ning.com, www.orangulu.com, dan sebagainya.
Mungkin perlu juga saya nyatakan bahawa laman sesawang ini antara yang terpenting sebagai wadah komunikasi generasi masyarakat dayak pada hari ini. Juga, sebagai padang subur yang menjadi pertemuan ghaib yang tanpa sempadan para muda-mudi. Namun, isu yang saya ingin bangkitkan adalah tentang laman sesawang dalam bahasa Iban ini yang telah longgar matlamat dan tujuan sebenarnya. Ternyata polisi dan peraturan juga longgar kerana terdapat laman web ini sebagai wadah yang mengandungi isu sensitif. Malah merebaknya percanggahan falsafah antara hak cipta dan penyebaran maklumat. Pemilik media massa jenis ini sudah tidak sedar tentang pengasingan antara hak cipta dan penapisan karya. Juga tidak mengenali antara kebebasan maklumat dan penyalahgunaan internet. Apa tindakan kita?
Antara laman sesawang yang berkualiti yang pernah saya jelajah ialah www.radiokitai.com. Laman sesawang ini digunakan dengan sebaik mungkin. Tidak keterlaluan kandungannya dengan ahli-ahlinya lebih berdisiplin dalam komunikasi perhubungan. Ia dikawal secermat mungkin. Kurang mengandung fitnah dan isu sensitif yang boleh menyinggung keahliannya. Laman sesawang www.ruaikitai.com mungkin memiliki kelebihan tersendiri. Juga, dianggotai ribuan cerdik pandai masyarakat dayak. Laman ini pernah ditegur oleh pihak kerajaan kerana keterlaluannya menyebabkan ia memiliki kualiti yang sebaik wadah lain. Pujian juga harus diberi kepada www.dayak.com dan www.rumahdayak.com kerana lebih memerinci tentang asal usul masyarakat. Juga mengandung tentang pembangunan masyarakat dayak dalam kehidupan. Laman sesawang www.orangulu.com hanya lebih kepada perbualan untuk pertemuan muda-mudi. Laman sesawang www.jendela-kenyalang.ning.com sebuah laman web baru yang pasti dicipta sebagai pembelajaran budaya.
Laman sesawang tadi tidak sehebat laman sesawang www.rumahpanjai.com kerana keahliannya sudah hampir mencapai sembilan belas ribu ahli. Laman sesawang ini didatangi muda-mudi yang bermatlamat seperti laman sesawang yangt lain. Saya memang tertarik dengan laman sesawang ini kerana lebih terbuka dan kawalannya amat longgar sekali. Pada laman sesawang ini, para ahlinya hilang kemoralan, tiada rasional batasan, tiada penentuan garis panduan, sikap keterlaluan ahli dalam forum, moderator hilang peranan, isu fitnah-memfitnah antara ahli, kandungan gambar keterlaluan dan sebagainya.
Maka, di sini, saya ingin menyentuh tentang Nilai Hak Cipta dan Penapisan Maklumat, Undang-undang Hak Cipta dan ‘Content Regulation’, Pengasingan antara Hak Cipta dan Penapisan, Internet dan Percanggahan Falsafah antara Hak Cipta dan Penyebaran Maklumat, Kebebasan Sivil dalam Era Internet-Kebebasan Bersuara dan antara Kebebasan Maklumat dan Penyalahgunaan Internet. Mungkin perlu juga saya menjelaskan bagaimana fitnah boleh berlaku dalam laman sesawang kerana kita harus sedar dan mengetahui tentang latar belakang kebebasan berkarya.
Laman web yang longgar peraturan seharusnya tahu keperluan polisi, peraturan dan undang-undang. Ini merangkumi Kecapaian Untuk Semua yang bertujuan baik agar masyarakat pengguna mempunyai peluang mendapat perkhidmatan media jenis laman web. kedua, Memiliki Keupayaan, yang mengandungi pengawasan melalui undang-undang pemilik laman sesawang. Ketiga, Keselamatan individu yang mendapat perlindungan. Keempat, Tersendiri Tanpa Gangguan yang menunjukkan keamanan. Kelima, Kerahsiaan yang juga merujuk kepada mendapat perlindungan agar tidak diganggugugat pihak yang tidak bertanggungjawab. Keenam, Kebebasan untuk menyatakan pandangan dan perasaan bukannya mencaci individu tertentu.
Hak Cipta dan Penapisan Maklumat.Hak cipta menjadi satu isu pada masa kini. Karya bukan sahaja boleh dijual melalui pasaran tetapi melalui laman sesawang. Juga, pemindahalihan manuskrip tersebut ke laman sesawang telah berlaku berlelusasa. Sama keadaannya dengan laman sesawang sembang yang juga dibawah kawalan agar sembang ahli tidak keterlaluan menyinggung perasaan orang lain, termasuk sensitiviti masyarakat sekitar. Pencetusan undang-undang hak cipta mengakhiri era dominasi individu penerbitan tetapi penggunaan hak cipta untuk mengawal penyebaran bahan-bahan bacaan masih berleluasa. Ini meliputi laman sembang yang kemungkin menjadi lapangan meluah suara yang keterlaluan. Ini mungkin satu demonserasi dalam diam.
Undang-undang Hak Cipta dan ‘Content Regulation’
Memang terdapat penghakiman kes-kes yang mengaitkan perlindungan hak cipta. Mungkin karya-karya penulis dipelihara sepenuhnya. Namun, laman sembang jauh berbeza kerana ia terlalu terbuka. Sembang yang tidak bertepatan dengan lunas-lunas etika dan adab juga akan diadili jika mengganggu sensitiviti masyarakat. Ini termasuk perkara yang bertentangan dengan agama dan adab, berunsur kucah, fitnah ataupun kata-kata yang bertentangan dengan polisi awam. Kata-kata yang sengaja dilepaskan semata-mata untuk mengenakan individu tertentu.
Pengasingan Antara Hak Cipta dan Penapisan
Akta Hak Cipta 1987 dengan terangnya menjelaskan di bawah Seksyen 7(2) bahawa:Karya-karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Tetapi bagaimana pula dengan laman sembang yang mengandungi butir-butir berunsur niat jahat, sensitiviti kaum? Ini jelas menunjukkan bahawa kandungan, idea dan indipati sembang yang berunsur niat jahat tidak akan mendapat perlindungan. Jangan dipandang ringan bahawa laman sembang pada laman sesawang kian menjadi medan perang komunikasi yang terpinggir tanpa kawalan serius.
Internet dan Percanggahan Falsafah Antara Hak Cipta dan Penyebaran Maklumat
Merujuk kepada laman sesawang dalam bahasa Iban, apakah kandungan yang terdapat di dalam laman sesawang ini adil? Para ahli boleh menilai, melihat baik buruk pekara yang rimbul sehingga mereka sendiri boleh menghakim laman sesawang berkenaan. Contohnya, yang paling nyata ialah propaganda yang terdapat di laman sesawang seperti di www.rumahpanjai.com yang boleh memberi kesan buruk terhadap masyarakat dalam kerajaan mengutamakan perpaduan. Apakah sembang keterlaluan yang timbul dalam laman sesawang ini tidak dapat dikawal? Siapa yang patut mengawal laman web ini? Adakah ia mengikut lunas-lunas dan polisi media massa yang telah ditetapkan? Atau adakah mengikut tatacara bahan bacaan yang diinginkan? Ini tentulah masalah transborder timbul kerana undang-undang yang ada selama ini berdasarkan kepada konsep kewilayahan dan perlaksanaan berdasarkan kepada batasan geografi. Di mana pula peranan moderator laman web berkenaan?
Kebebasan Sivil dalam Era Internet-Kebebasan Bersuara
Cara komunikasi tradisional, walaupun sudah banyak berkembang dari segi teknologi, boleh dikategorikan mengikut jenis teknologi dan peralatan yang digunakan. Dalam soal perundangan, laman sesawang sembang sebenarnya mudah dikawal jika pemilik laman ini dikawal oleh pihak terbabit dengan cara penuh bertanggungjawab?
Memang internet tidak dapat diklasifikasikan dengan mudah kerana bentuk-bentuk maklumat yang disampaikan berbeza daripada komunikasi persendirian seperti emel kepada penyiaran sesawang kepada orang ramai. Namun, sudah tentu perbezaan bentuk komunikasi ini perlu dikawal selia secara berlainan. Ini mengaburkan garis perbedaan antara penulis dan penerbit dan dalam banyak hal penulis mungkin menerima beban tanggungjawab sebagai penerbit sekiranya komunikasi peribadinya disebarkan kepada umum.
Antara Kebebasan Maklumat dan Penyalahgunaan Internet
Kebebasan yang diberikan tanpa batasan boleh mengakibatkan penyalahgunaan polisi media dan teknologi maklumat. Ini pasti akhirnya disedari oleh kerajaan. Dalam hal ini, Akta komunikasi dan Multimedia 1988 memperuntukan penubuhan satu Content Forum yang akan menentukan etika-etika dan garis panduan yang telah diikuti dunia siber. Seksyen 231 Akta tersebut membolehkan pengawalan bahan-bahan yang menyalahi (offensive) tidak sopan dan tidak senonoh. Membaca laman sesawang dalam bahasa Iban pada masa kini, terdapat laman sembang (forum) yang mengandungi komunikasi yang paling buruk ahli-ahli berdaftar.
AKTIVIS sastera siber berpeluang menyertai persidangan serantau mengenai sastera siber pada bulan Disember ini. Sidang serantau siber 2006 (4S06) anjuran eSastera.com itu merupakan program tiga-dalam-satu, iaitu Akademi Sastera Siber (AKSES), Seminar Sastera Siber (SSS), dan Hadiah eSastera.com 2006 (Hescom 06).
Program bertemakan ‘Memperkasa sastera Melayu melalui Internet’ itu akan diadakan di Kuala Lumpur pada 24 Disember ini. Matlamatnya untuk mengetemukan aktivis dan peminat sastera siber dari Malaysia, Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand dan lain-lain.
Akademi Sastera Siber ialah program bimbingan menulis karya dan menyiarkannya di alam siber serta bimbingan deklamasi puisi, diakhiri dengan majlis sayembara deklamasi puisi.
Seminar sastera siber pula ialah program pembentangan kertas kerja dan diskusi ilmiah tentang perkembangan, status, dan masa depan sastera siber dalam memerkasa sastera Melayu melalui medium Internet. Juga tentang isu dan cabaran yang berkaitan.
Hescom 06 ialah majlis penyampaian anugerah untuk karya-karya terbaik yang disiarkan di e-majalah eSastera.com sepanjang tahun 2005/06.
Penganjur sedang berusaha mendapatkan kerjasama badan-badan lain untuk menjadi penganjuar bersama, seperti Persatuan Sastera Siber Malaysia (Pesiber), DBP Malaysia, dan DBP Brunei Darussalam. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman webhttp://www.esastra.com/sidang06.
Dewan Bahasa dan Pustaka melalui Majalah Dewan Sastera telah memfokuskan tentang sastera siber di http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=224
MASA DEPAN SASTERA ANDA BERADA DI E-SASTERA
Oleh Irwan Abu Bakar
APABILA bangun daripada tidur pagi itu, ada kawan yang menghantar sistem pesanan ringkas (sms) kepada saya bahawa seseorang telah meninggal dunia akibat kecelakaan jalan raya di Lebuh Raya Karak. Saya terperanjat apabila membaca sistem pesanan ringkas (sms) itu. Saya dukacita. Kenapakah dia begitu cepat mati? Adakah sesiapa yang cuba mensabotaj saya? Dia yang mendebarkan saya itu baharu sahaja diperkenalkan kepada khalayak. Dia ialah pelajar sebuah institut pengajian tinggi di negara ini yang dituduh berkhalwat dengan Dekan fakultinya. Tiba-tiba pagi itu dia mati. Kenapakah dia harus dimatikan sebegitu cepat?
Begitulah persoalan di minda saya pagi itu lantas saya cepat-cepat membuka komputer dan internet untuk membaca episod baharu kepada novel siber berjudul Hostel yang baharu ditambah oleh seorang pembaca. Dia yang baharu saya terima berita kematiannya itu, saya perkenalkan dalam episod sebelumnya untuk menjadi watak wanita utama atau heroin bagi novel itu.
Itulah antara proses penulisan dan apresiasi yang saya alami semasa menggarap e-novel berjudul Hostel bersama-sama beberapa ramai penulis lain. Kini e-novel Hostel itu telah dihentikan penulisannya. Masa yang diberikan oleh pengasasnya telah sampai tempohnya. Malah novel itu telah diterbitkan sebagai sebuah novel konvensional dengan judul Hostel: Debaran Kedua. Novel itu, dalam bentuk asalnya di internet, merupakan contoh sebuah karya siber.
Ada dua mitos yang berkaitan dengan karya sastera di alam siber, seperti yang berikut:

Pertama: Karya siber ialah karya yang diterbitkan di internet.
Kedua: Apabila bercakap tentang karya siber, kita bercakap tentang potensi masa depan internet sebagai medium berkarya yang berkesan.
Kedua: Apabila bercakap tentang karya siber, kita bercakap tentang potensi masa depan internet sebagai medium berkarya yang berkesan.
Pernyataan (1) saya anggap sebagai mitos kerana sifatnya yang hanya separuh benar. Hakikatnya, definisi karya siber harus merangkumi bentuk karya moden yang mengintegrasikan ciri-ciri multimedia (teks, warna, grafik, animasi, dan bunyi) dan/atau bersifat interaktif (mampu memberi tindak balas terhadap rangsangan "pembaca") serta dikomposisikan dengan memanfaatkan sistem link internet. Maka karya "biasa" yang diterbitkan di internet dengan teks hitam pada latar putih tidak wajarlah dianggap sebagai karya siber sebenar (barangkali dapat dianggap sebagai "karya siber primitif"). Mungkin karya itu bermutu tinggi dari sudut pengkaryaan biasa (konvensional) namun belum dapat memenuhi tuntutan "kualiti" yang dikehendaki dari sebuah karya siber yang sebenar. Di samping itu, kata "pembaca" dalam huraian di atas haruslah dianggap sebagai kata yang telah dilunjurkan maknanya kepada seseorang yang melalui keadaan apresiasi yang lebih umum daripada hanya "membaca". Barangkali, kata "pembaca" itu harus ditukar kepada "pengapresiasian".
Definisi yang saya berikan untuk karya siber itu menuntut anjakan paradigma dalam proses pengkaryaan dan apresiasi. Misalnya, "puisi siber" tidak lagi semata-mata "ditulis" dalam bentuk The best words in the best order (definisi Coleridge yang popular itu), sebaliknya perlu ?dikomposisi? untuk mewujudkan mood atau emosi yang dikehendaki. Sebagai contoh, puisi yang diiringi muzik latar yang sesuai akan membantu dalam proses apresiasi. Penulis boleh juga memasukkan grafik dan teks beranimasi untuk mengukuhkan luahan emosinya. Juga boleh ditambah suara penyair yang berkenaan mendeklamasi puisinya itu.
Contoh kedua ialah apresiasi terhadap sebuah e-novel (novel seperti Hostel yang ditulis secara sambung-menyambung di internet dan berbeza dengan novel yang disiarkan di internet setelah selesai ditulis). Sesebuah e-novel tidak diapresiasikan setelah proses pengkaryaannya tamat sebaliknya diapresiasikan (dibaca) semasa sedang ditulis. Penulis-penulis dan pembaca-pembaca semuanya tidak tahu apa yang akan berlaku kepada seseorang watak dan kepada cerita keseluruhannya. Tidak ada bab/halaman akhir untuk dibelek jika kita berasa ingin tahu apa yang akan berlaku. Malah pembaca yang berminat dapat pula menyambung sendiri novel itu bagi menentukan arah cerita. Membaca sebuah e-novel menghampiri keadaan kita melihat watak yang hidup dalam dunia sebenar: hari ini kita bertemu dengannya, namun kita belum tahu apa-apa yang akan berlaku kepadanya selepas itu.
Pernyataan (2) yang menganggap bahawa internet akan menjadi medium penerbitan yang penting pada masa hadapan adalah juga suatu mitos. Hakikatnya, internet atau alam siber (saya akan gunakan dua istilah ini secara bersinonim dan abaikan perbezaan teknikal antaranya), telah pun menjadi medan penerbitan karya sastera yang penting dan amat menonjol pada hari ini. Lihat sahaja bagaimana laman web poetry.com telah merevolusikan cara orang Barat menerbitkan kreativiti mereka dalam genre puisi. Bagaimana pengendali laman web yang berkenaan dapat menjana pendapatan melalui penerbitan dan kegiatan-kegiatan lain yang berkaitan dengannya. Di samping itu, semua perkara yang saya perkatakan di atas tentang karya multimedia dan interaktif di internet ialah perkara yang sedang berlaku dan bukannya perkara yang diharapkan akan berlaku. Di Malaysia sendiri, misalnya, tradisi mengkomposisikan sajak siber berbentuk multimedia dengan menggunakan link-link internet telah dimulakan di majalah elektronik sastera, esastera.com, hampir dua tahun lalu secara selangkah demi selangkah. Kini proses itu telah pun hampir matang. Hampir kesemua aspek multimedia telah diterokai sekadarkan penulisan karya interaktif masih belum berjaya dilaksanakan. Jelaslah bahawa hal ini bukanlah perkara baharu yang sesuai untuk masa akan datang, sebaliknya sesuatu yang sudah pun bertapak kukuh dalam tradisi berkarya generasi baharu.
Saya sengaja memulakan tulisan ini dengan menimbulkan dua perkara di atas untuk meletakkan kedua-dua isu itu (definisi karya siber dan kedudukan internet sebagai medium penerbitan karya sastera) pada kedudukan yang betul. Walau bagaimanapun, biarlah saya kembali memperkatakan isu-isu yang berkaitan dengan penerbitan karya sastera siber secara umum.
Sastera siber atau "E-sastera" (saya pinjam nomenklatur yang digunakan oleh Johan Jaafar, DS Februari 2004, yang menggunakan huruf besar "E" untuk merujuk kepada sastera siber secara umum) telah berkembang dengan pesatnya di seluruh pelosok muka bumi. Di kebanyakan negara termasuk negara-negara Asia, telah pun wujud laman-laman web utama yang menerajui perkembangan sastera masing-masing di alam siber. Malaysia juga dapat dianggap telah agak maju dalam hal ini. Malah di Asian International Poetry Festival yang berlangsung di Universiti Malaya pada Januari 2004, hanya Malaysia sahaja yang telah membentangkan kertas kerja tentang sastera siber, iaitu kertas "New Thinking On Cyber Poems" oleh Irwan Abu Bakar.

Di samping Malaysia, karya sastera berbahasa Melayu juga popular di negara jiran, Indonesia. Laman web "cybersastra.net" (dikelolakan oleh sebuah badan bernama Yayasan Multimedia Sastra) memang dikenali ramai, termasuk oleh peminat-peminat sastera dari Malaysia.
Eloklah kita ketahui bahawa laman-laman web yang menyiarkan karya sastera terbahagi kepada dua kategori, iaitu (a) laman web peribadi dan (b) laman web awam. Laman web peribadi dimiliki oleh seseorang individu atau sesuatu kumpulan pengkarya untuk menyiarkan karyanya sementara laman web awam pula terbuka kepada khalayak umum dan menyediakan kemudahan untuk sesiapa sahaja menyumbangkan karya. Laman web awam pula dapat dibahagikan kepada dua subkategori: (i) laman web yang penyiaran karya dikawal oleh pengendalinya dan penulis dikehendaki menghantar karya untuk dinilai sebelum disiarkan dan (ii) laman web yang bersifat "demokratik" yang menyediakan kemudahan untuk penulis sendiri menyiarkan karya masing-masing, dengan pemantauan atau pengeditan dilakukan oleh pengendali laman web itu setelah karya disiarkan. Dalam tulisan ini, saya tidak akan memberikan perhatian kepada ribuan laman web peribadi yang ada di internet kerana laman web yang sedemikian tidak lebih daripada koleksi peribadi. Web peribadi dalam konteks penerbitan konvensional, sebagai "buku catatan" penulis sendiri yang sesetengahnya telah ditinggalkan atau dilupai oleh pengasasnya sendiri.
Di Malaysia, satu-satunya laman web awam yang mengkhusus kepada penyiaran bahan-bahan berkaitan sastera berbahasa Melayu secara sistematik ialah esastera.com (diterbitkan oleh individu melalui syarikat E-sastera Enterprise). E-majalah ini dibuka 24/7 (24 jam sehari dan tujuh hari seminggu) untuk penulis menyiarkan sendiri karya mereka atau membaca karya yang disiarkan. Majalah itu dibahagikan kepada 13? komuniti? sastera yang berlainan. Setiap komuniti dipisahkan dengan jelas untuk menangani genre yang berlainan seperti sajak, cerpen, sajak jenaka (sajen), pantun, haiku (puisi tiga baris dari Jepun), novel, dan sebagainya. esastera.com akan menyambut ulang tahun keduanya pada 20 Disember 2004 ini.
Laman web ini menghimpunkan banyak artikel ilmiah termasuk berkaitan penulisan secara siber, boleh dilayari di http://dinakan.tripod.com/karya/karya47.htm
SASTERA DALAM DUNIA SIBER (UM 11/97)
Oleh: MOHD FUDZAIL MOHD NOR
Perubahan yang melanda dunia sejagat dengan merebaknya teknologi maklumat (IT) terutama Internet adalah satu revolusi. Revolusi yang melebarkan pengaruh IT dalam kehidupan manusia seluruhnya. Di tanahair, dengan wujudnya MSC sebagai agenda kerajaan dalam menjadikan IT dan multimedia sebagai asas komunikasi utama, dengan sendirinya pelbagai bidang lain dalam kehidupan seharian kita tidak dapat mengelakkan diri dari pengaruh IT. Salah satu bidang yang seharusnya segera melengkapkan diri ialah sastera. Dunia sastera di Malaysia masih ditahap yang tidak berubah. Kemajuan negara tidak dapat dicerminkan dengan pembangunan sastera seluruhnya. Malah tidak dapat disangkal, sastera seakan dibayangi oleh proriti lain dalam gagasan pembangunan negara.
Sastera adalah satu pelengkap tamadun bangsa tidak juga kian kekurangan khalayak dikalangan masyarakat. Malah ada kalanya menerima sambutan diluar dugaan, seperti mana malam puisi "Pujangga Khas" anjuran TV3 bulan Ogos lalu yang dihadiri lebih lima ribu penonton. Begitupun, ledakan IT dan Internet boleh membantu perkembangan sastera ke maksima. Pejuang-pejuang sastera seharusnya melihat ada saluran baru yang cukup kuat untuk menarik lebih ramai peminat sastera untuk berkecimpung dan seterusnya lebih aktif, kalau tidak menjadi peminat sastera. IT membawa pelbagai kemungkinan baru yang selama ini mungkin menjadi bahan cerita fiksyen sains semata. MSC misalnya akan mengujudkan kerajaan elektronik di mana rakyat akan lebih mudah untuk berurusan dengan kerajaan. Sudah wujud juga penerbitan online yang dengan mudah membolosi dunia siber dan menerima sembutan hebat.
Bagaimana dengan dunia sastera kita? Sama ada bercorak tempatan atau dunia, IT akan membawa bentuk-bentuk baru untuk sastera terus menjadi sebahagian dari kehidupan yang nanti tidak lagi melambangkan budaya sesuatu bangsa, ianya akan bersifat universal. Bentuk-bentuk interaksi seperti realiti maya (virtual reality), drama bersiri web (web soap opera), permainan teater online, taman hiburan bercorak sastera yang berteknologi tinggi dan mungkin pentas pertemuan antara karektor dari buatan pintar (AI) dengan manusia-manusia maya. Ini tidak termasuk bentuk-bentuk yang telah terdapat hari ini seperti permainan video dan filem IMAX.
Pada hari ini akan akan lebih mudah untuk memahami karya-karya William Shakespeare melalui CD-ROM yang mengabungkan bentuk lisan dengan klip-klip persembahan dan maklumat sejarah. Kemampuan Intternet yang terus dipertingkatkan untuk melakukan pelbagai kerja seharusnya juga di manafaatkan oleh penggiat sastera. Dengan kemampuan audio, visual, hyperlinking and storan data yang tinggi, komputer boleh membantu para penulis misalnya untuk mengeksplorasi segala yang rumit dan kompleks mengenai manusia sendiri. Yang selama ini kabur dalam penulisan abstrak. Setidak-tidaknya, Internet memberikan terma-terma baru yang memperkayakan bahasa dan juga sebagai sumber rujukan. Dunia siber yang tidak bersempadan dan mengatasi imaginasi boleh menjadi sumber karya. Kalau tidak Internet itu sendiri adalah ruang karya.
Cara hyperlink dalam Internet misalnya boleh memberikan bentuk obsesi yang cukup baik dimana hyperlink ini akan berterusan mengulang-ngulang pemikiran yang sama.
Bentuk-bentuk fiksyen yang lain mungkin menyatukan suara, muzik, gambar dan video, atau membawa kita dari satu laman web ke laman web lain yang akan memberikan sesuatu karya itu pengertian yang lebih mendalam. Sesuatu yang dahulunya mustahil untuk dilakukan dalan bentuk konvesional yakni percetakan. Tidak hairan interaksi dimana pembaca turut menjadi penulis atau sebahagian dari cerita yang dipaparkan dengan mengubah cara naratif melalui pilihan sama ada untuk menjadi salah satu watak atau berinteraksi dengan karektor yang lain.
Karyawan mungkin tidak mampu untuk mengeksploitasi teknologi maklumat tanpa bantuan mereka yang terlibat secara langsung seperti pengaturcara (programmer). Memindahkan bahan-bahan karya bukanlah mudah kerana memerlukan daya kreatif dan teknikal yang tinggi. Apalagi untuk manjadikan bahan baru ini sebagai wadah berkarya.
Filem-filem yang mengabungkan teknologi komputer dan seni filem telah berjaya di layar perak. Kecanggihan komputer dan ketinggian daya kreatif memberikan hasil yang luar biasa. Sastera tidak terkecuali. Gabungan dua dunia ini pasti memberikan lebih menariknya dunia sastera, tidak terkecuali di Malaysia. Bila kita semakin serasi dengan revolusi IT, kemudahan yang tersedia ada dengan sendirinya akan memberikan ruang baru untuk berkarya. Penulis misalnya boleh mempunyai laman web sendiri untuk menonjolkan karya-karya mereka dan tidak lagi terlalu bergantung pada penerbitan-penerbitan yang kian kekurangan ruang untuk menampung para penulis. Ruang-ruang akhbar dan majalah tempatan yang semakin sempit untuk para penulis ini memang tidak banyak membantu perkembangan dunia sastera. Adakah kajian resmi dibuat mengenai berapakah dari kalangan pembeli atau pembaca akhbar yang membaca ruangan sastera? Apakah ruangan sastera ini sekadar tempelan?
Adakalanya polemik atau isu yang dipaparkan tidak banyak memberi manafaat apa-apa kepada pembangunan sastera apalagi pembangunan negara dan masyarakat. Baik secara ilmiah atau pengetahuan am, kebanyakan isu yang kadangkala berulang dan basi mencerminkan sejauh mana wawasan mereka yang mewarnai dunia sastera seluruhnya. Rintihan dan luahan yang menagih simpati seakan menonjolkan kelemahan yang ketara sama ada para penggiat sendiri atau pun mereka yang duduk di kerusi empuk yang bertanggungjawab dalam menangani kemelut dunia sastera. Tepuk dada tanya selera! Para penerbit juga boleh menerbitkan majalah sastera online yang lebih berbentuk interaktif. Mungkin pada waktu ini warga Internet di Malaysia masih belum cukup khalayak yang meminati sastera atau sememangnya kita tidak mungkin berkemampuan untuk berbuat demikian. Mungkin sehingga tahap penguasaan IT dan pembacaan dikalangan rakyat tempatan menunjukkan peningkatan lebih baik. Cara dan kaedah berkarya akan turut berubah bersama zaman. Mungkin bahan-bahan bercetak akan menjadi semakin sukar bersama semakin pupusnya bahan-bahan kertas. Dengan sendirinya Internet yang turut memberikan pelbagai perkhidmatan lain akan menampung sastera sebagai salah satu cabang interaksi. Untuk lebih ke hadapan di alaf baru ini, para penggiat sastera seharusnya terus mencari alternatif-alternatif baru yang tidak terbatas oleh kemampuan konvensional hari ini. Mereka yang bertanggungjawab untuk terus memajukan dunia sastera di tanahair misalnya seharusnya lebih aktif dalam menjadikan IT, Internet dan multimedia bukan sekadar bahan karya tetapi wadah untuk mewujudkan bentuk-bentuk baru kesusasteraan. Mungkin langkah pertama ialah dengan para editor sastera mempunyai alamat emel untuk memudahkan karya-karya dihantar atau paling tidak komunikasi. Menghantar karya secara emel juga memudahkan para editor untuk membuat suntingan tanpa perlu ditaip semula (dengan cut and paste). Paling tidak untuk memberitahu pengirim karya sama ada karya-karya mereka layak atau tidak! Walau bagaimanapun melihat ke masa depan yang semakin menghampiri kenyataan pada hari ini, penglibatan secara langsung para penggiat sastera ke dunia IT atau sebaliknya akan menyediakan wadah yang lebih terbuka dan lebar untuk mereka yang meminati seni dan sastera terus bersaing, kalau tidak selari dengan anjuran MSC. Malah boleh menjadi aplikasi perdana yang ke lapan! Sebagai saluran sastera negara yang boleh memartabatkannya ke seluruh dunia. Sebahagian dari usaha globalisasi.
Sesunguhnya suatu hari nanti, sastera yang ada pada hari ini adalah sekadar kajian sejarah yang mungkin tersimpan dalam arkib-arkib komputer dan perpustakaan maya. Malah tidak mustahil bahan-bahan itu juga dipelbagaikan medium untuk menampung keperluan masyarakat siber yang menggemari sastera 'klasik' ini. Perjalanan ke arah itu telah bermula hari ini!
Di laman sawang yang sama, http://dinakan.tripod.com/karya/karya29.htm saya turut temukan tulisan ini;
BAHASA MELAYU DAN PEMANFAATAN TEKNOLOGI (DEWAN BAHASA 2/99)
Oleh: EDITORIAL (email Fudzail)
SEMENJAK teknologi komputer menjadi pemangkin dalam pelbagai dunia usaha, badan pelaksana bahasa dan ahli bahasa tidak mahu ketinggalan di belakang dalam memanfaatkan teknologi moden ini bagi memasyarakatkan bahasa melalui “Teknologi Bahasa Manusia” (TBM). Misalnya, Defense Department`s Advanced Research Project Agency, Amerika Syarikat dan beberapa industri komputer lainnya seperti IBM dan AT & T telah membiayai penyelidikan “Sistem Bahasa Ucapan”. Sebagai hasilnya, pada tahun l971 dan tahun l976, program ucapan Advanced Research Project Agency untuk pengenalan sebanyak l000 kata telah dihasilkan. Di samping mengembangkan projek Sistem Bahasa Ucapan, badan-badan bahasa di dunia juga sedang mengembangkan “ Sistem Bahasa Tulisan”. Tujuan pembinaan dan pengembangan Sistem Bahasa Tulisan ini adalah untuk mempermudah penyelidik dan pengguna bahasa dalam penyemakan ejaan, penggunaan istilah, pemenggalan kata, pemeriksaan tatabahasa, dan ketepatan makna dalam penterjemahan.
Kemajuan yang tampak daripada usaha yang dirintis oleh Defense Department`s Advanced Research Project Agency ini, telah dimanfaatkan oleh pakar teknologi komputer dan ahli bahasa Jepun dalam memasyarakatkan dan mengembangkan pemelajaran bahasa Jepun untuk orang asing yang hendak mempelajari bahasa Jepun. Keberhasilan ahli bahasa Jepun tersebut mendorong Dewan Bahasa dan Pustaka memperkenalkan karya berbahasa Melayu melalui sistem yang sama. Untuk merealisasikan program ini, Dewan bahasa dan Pustaka, Universiti Teknologi Malaysia, dan salah sebuah syarikat komputer Jepun telah mencuba mengadakan kerjasama. Namun, projek yang ideal ini akhirnya terbengkalai di tengah jalan dan lenyap bersama dengan perkembangan teknologi itu sendiri.
Namun, usaha untuk memanfaatkan teknologi komputer untuk memasyarakatkan bahasa Melayu terus diusahakan, dan sebagai hasilnya pada tahun l990-an, Dewan Bahasa dan Pustaka dengan kerjasama syarikat Iventec Group, Taiwan dan Maprint Sdn. Bhd. telah berhasil mengeluarkan Kamus Komputer Telapak Besta DBP-1. Kejayaan kita ini, memungkinkan pemelajaran bahasa Melayu dikembangkan dan dimasyarakatkan dengan lebih terserlah dan efisien. Suatu hal yang cukup penting dalam pemasyarakatan bahasa Melayu dan pemanfaatan teknologi ini, ialah amalan budaya “hangat-hangat tahi ayam” - ghairah bersama dengan keghairahan perkembangan teknologi maklumat (IT) dan kemudian akan terhenti dengan sendirinya apabila teknologi komputer ini menjadi barang mainan kanak-kanak. Fonemena ini dibangkitkan kerana beberapa tahun yang lalu, badan perancang bahasa dan ahli bahasa sibuk untuk men-CD-Romkan pelbagai bahan dalam bahasa Melayu, tetapi kini telah dimuziumkan.
LAMAN SESWANG BAHASA IBAN... antara percanggahan polisi media massa..
Friday, July 31, 2009, 2:20:32 PM noreply@blogger.com (JAYA RAMBA)
Alat terpantas pada masa ini adalah media dan teknologi maklumat. Pengaruh media dan teknologi maklumat tidak dapat disekat apabila ada pihak-pihak tertentu yang tidak dapat menilai kegunaan sebenar media massa ini. Undang-undang sedia ada seperti telah diketepikan dan garis panduan seakan boneka. Ini sedikit sebanyak menjadikan matlamat media dan teknologi maklumat sebagai penyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat tidak tercapai. Isu polisi, peraturan dan undang-undang media dan teknologi maklumat sudah tidak dihiraukan. Pada waktu ini, apa tindakan daripada pihak bertanggungjawab? Maka, perlu dipantau dan diberi kesedaran laman sesawang yang mengandungi isi yang boleh menjadi kemelaratan pegangan masarakat.
Analisis saya tertumpu kepada beberapa laman sesawang dalam bahasa Iban yang saya rasa patut dilihat sebagai pengajaran yang wajar. Antara laman sesawang yang saya maksudkan ialah www.ruaikitai.com, www.radiokitai.com, www.rumahpanjai.com,www.dayak.com, www.rumahdayak.com, www.anakiban.com, www.wandayak.com, www.jendela-kenyalang.ning.com, www.orangulu.com, dan sebagainya.
Mungkin perlu juga saya nyatakan bahawa laman sesawang ini antara yang terpenting sebagai wadah komunikasi generasi masyarakat dayak pada hari ini. Juga, sebagai padang subur yang menjadi pertemuan ghaib yang tanpa sempadan para muda-mudi. Namun, isu yang saya ingin bangkitkan adalah tentang laman sesawang dalam bahasa Iban ini yang telah longgar matlamat dan tujuan sebenarnya. Ternyata polisi dan peraturan juga longgar kerana terdapat laman web ini sebagai wadah yang mengandungi isu sensitif. Malah merebaknya percanggahan falsafah antara hak cipta dan penyebaran maklumat. Pemilik media massa jenis ini sudah tidak sedar tentang pengasingan antara hak cipta dan penapisan karya. Juga tidak mengenali antara kebebasan maklumat dan penyalahgunaan internet. Apa tindakan kita?
Antara laman sesawang yang berkualiti yang pernah saya jelajah ialah www.radiokitai.com. Laman sesawang ini digunakan dengan sebaik mungkin. Tidak keterlaluan kandungannya dengan ahli-ahlinya lebih berdisiplin dalam komunikasi perhubungan. Ia dikawal secermat mungkin. Kurang mengandung fitnah dan isu sensitif yang boleh menyinggung keahliannya. Laman sesawang www.ruaikitai.com mungkin memiliki kelebihan tersendiri. Juga, dianggotai ribuan cerdik pandai masyarakat dayak. Laman ini pernah ditegur oleh pihak kerajaan kerana keterlaluannya menyebabkan ia memiliki kualiti yang sebaik wadah lain. Pujian juga harus diberi kepada www.dayak.com dan www.rumahdayak.com kerana lebih memerinci tentang asal usul masyarakat. Juga mengandung tentang pembangunan masyarakat dayak dalam kehidupan. Laman sesawang www.orangulu.com hanya lebih kepada perbualan untuk pertemuan muda-mudi. Laman sesawang www.jendela-kenyalang.ning.com sebuah laman web baru yang pasti dicipta sebagai pembelajaran budaya.
Laman sesawang tadi tidak sehebat laman sesawang www.rumahpanjai.com kerana keahliannya sudah hampir mencapai sembilan belas ribu ahli. Laman sesawang ini didatangi muda-mudi yang bermatlamat seperti laman sesawang yangt lain. Saya memang tertarik dengan laman sesawang ini kerana lebih terbuka dan kawalannya amat longgar sekali. Pada laman sesawang ini, para ahlinya hilang kemoralan, tiada rasional batasan, tiada penentuan garis panduan, sikap keterlaluan ahli dalam forum, moderator hilang peranan, isu fitnah-memfitnah antara ahli, kandungan gambar keterlaluan dan sebagainya.
Maka, di sini, saya ingin menyentuh tentang Nilai Hak Cipta dan Penapisan Maklumat, Undang-undang Hak Cipta dan ‘Content Regulation’, Pengasingan antara Hak Cipta dan Penapisan, Internet dan Percanggahan Falsafah antara Hak Cipta dan Penyebaran Maklumat, Kebebasan Sivil dalam Era Internet-Kebebasan Bersuara dan antara Kebebasan Maklumat dan Penyalahgunaan Internet. Mungkin perlu juga saya menjelaskan bagaimana fitnah boleh berlaku dalam laman sesawang kerana kita harus sedar dan mengetahui tentang latar belakang kebebasan berkarya.
Laman web yang longgar peraturan seharusnya tahu keperluan polisi, peraturan dan undang-undang. Ini merangkumi Kecapaian Untuk Semua yang bertujuan baik agar masyarakat pengguna mempunyai peluang mendapat perkhidmatan media jenis laman web. kedua, Memiliki Keupayaan, yang mengandungi pengawasan melalui undang-undang pemilik laman sesawang. Ketiga, Keselamatan individu yang mendapat perlindungan. Keempat, Tersendiri Tanpa Gangguan yang menunjukkan keamanan. Kelima, Kerahsiaan yang juga merujuk kepada mendapat perlindungan agar tidak diganggugugat pihak yang tidak bertanggungjawab. Keenam, Kebebasan untuk menyatakan pandangan dan perasaan bukannya mencaci individu tertentu.
Hak Cipta dan Penapisan Maklumat.Hak cipta menjadi satu isu pada masa kini. Karya bukan sahaja boleh dijual melalui pasaran tetapi melalui laman sesawang. Juga, pemindahalihan manuskrip tersebut ke laman sesawang telah berlaku berlelusasa. Sama keadaannya dengan laman sesawang sembang yang juga dibawah kawalan agar sembang ahli tidak keterlaluan menyinggung perasaan orang lain, termasuk sensitiviti masyarakat sekitar. Pencetusan undang-undang hak cipta mengakhiri era dominasi individu penerbitan tetapi penggunaan hak cipta untuk mengawal penyebaran bahan-bahan bacaan masih berleluasa. Ini meliputi laman sembang yang kemungkin menjadi lapangan meluah suara yang keterlaluan. Ini mungkin satu demonserasi dalam diam.
Undang-undang Hak Cipta dan ‘Content Regulation’
Memang terdapat penghakiman kes-kes yang mengaitkan perlindungan hak cipta. Mungkin karya-karya penulis dipelihara sepenuhnya. Namun, laman sembang jauh berbeza kerana ia terlalu terbuka. Sembang yang tidak bertepatan dengan lunas-lunas etika dan adab juga akan diadili jika mengganggu sensitiviti masyarakat. Ini termasuk perkara yang bertentangan dengan agama dan adab, berunsur kucah, fitnah ataupun kata-kata yang bertentangan dengan polisi awam. Kata-kata yang sengaja dilepaskan semata-mata untuk mengenakan individu tertentu.
Pengasingan Antara Hak Cipta dan Penapisan
Akta Hak Cipta 1987 dengan terangnya menjelaskan di bawah Seksyen 7(2) bahawa:Karya-karya adalah dilindungi tanpa mengira kualiti dan tujuan karya-karya itu dihasilkan. Tetapi bagaimana pula dengan laman sembang yang mengandungi butir-butir berunsur niat jahat, sensitiviti kaum? Ini jelas menunjukkan bahawa kandungan, idea dan indipati sembang yang berunsur niat jahat tidak akan mendapat perlindungan. Jangan dipandang ringan bahawa laman sembang pada laman sesawang kian menjadi medan perang komunikasi yang terpinggir tanpa kawalan serius.
Internet dan Percanggahan Falsafah Antara Hak Cipta dan Penyebaran Maklumat
Kemunculan teknologi internet adalah satu kemajuan yang menjanjikan satu wadah komunikasi unggul dan global yang tidak dibatasi masa, sempadan geografi, falsafah, politik dan agama. Internet menjanjikan gelombang perubahan sikap terhadap kreativiti dan ekspresi manusia, iaitu penyebaran maklumat berlaku di luar kawalan undang-undang. Di sini timbul persoalan, apakah internet betul-betul bebas dari kawalan? Apakah struktur internet itu sendiri tidak membenarkan kawalan? Tidak?
Banyak cara yang boleh diambil untuk membataskan internet seperti dengan pengawalan undang-undang. Cuma, pelaksanaan undang-undang menimbulkan pelbagai masalah kerana kemungkinan satu-satu aktiviti dianggap salah oleh pengamalnya.
Banyak cara yang boleh diambil untuk membataskan internet seperti dengan pengawalan undang-undang. Cuma, pelaksanaan undang-undang menimbulkan pelbagai masalah kerana kemungkinan satu-satu aktiviti dianggap salah oleh pengamalnya.
Merujuk kepada laman sesawang dalam bahasa Iban, apakah kandungan yang terdapat di dalam laman sesawang ini adil? Para ahli boleh menilai, melihat baik buruk pekara yang rimbul sehingga mereka sendiri boleh menghakim laman sesawang berkenaan. Contohnya, yang paling nyata ialah propaganda yang terdapat di laman sesawang seperti di www.rumahpanjai.com yang boleh memberi kesan buruk terhadap masyarakat dalam kerajaan mengutamakan perpaduan. Apakah sembang keterlaluan yang timbul dalam laman sesawang ini tidak dapat dikawal? Siapa yang patut mengawal laman web ini? Adakah ia mengikut lunas-lunas dan polisi media massa yang telah ditetapkan? Atau adakah mengikut tatacara bahan bacaan yang diinginkan? Ini tentulah masalah transborder timbul kerana undang-undang yang ada selama ini berdasarkan kepada konsep kewilayahan dan perlaksanaan berdasarkan kepada batasan geografi. Di mana pula peranan moderator laman web berkenaan?
Kebebasan Sivil dalam Era Internet-Kebebasan Bersuara
Cara komunikasi tradisional, walaupun sudah banyak berkembang dari segi teknologi, boleh dikategorikan mengikut jenis teknologi dan peralatan yang digunakan. Dalam soal perundangan, laman sesawang sembang sebenarnya mudah dikawal jika pemilik laman ini dikawal oleh pihak terbabit dengan cara penuh bertanggungjawab?
Apakah laman sesawang dalam bahasa iban yang saya maksudkan bertanggungjawab?
Satu contoh ketara, terdapat laman sesawang yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan. Laman sesawang yang terdapat ramai ahli yang tidak menjaga kebebasan dan hak ahlinya. Malah dikatakan laman sesawang ini tidak profesional menjaga hak cipta ahlinya dengan menyingkirkan ahli-ahlinya yang cerdik pandai tanpa alasan. Laman sembang sebenarnya milik masyarakat kerana kita yang menggalakkan masyarakat mendaftar. Saya rasa laman sesawang rumahpanjai.com harus mengambil iktibar akan perkara ini.
Satu contoh ketara, terdapat laman sesawang yang tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan. Laman sesawang yang terdapat ramai ahli yang tidak menjaga kebebasan dan hak ahlinya. Malah dikatakan laman sesawang ini tidak profesional menjaga hak cipta ahlinya dengan menyingkirkan ahli-ahlinya yang cerdik pandai tanpa alasan. Laman sembang sebenarnya milik masyarakat kerana kita yang menggalakkan masyarakat mendaftar. Saya rasa laman sesawang rumahpanjai.com harus mengambil iktibar akan perkara ini.
Memang internet tidak dapat diklasifikasikan dengan mudah kerana bentuk-bentuk maklumat yang disampaikan berbeza daripada komunikasi persendirian seperti emel kepada penyiaran sesawang kepada orang ramai. Namun, sudah tentu perbezaan bentuk komunikasi ini perlu dikawal selia secara berlainan. Ini mengaburkan garis perbedaan antara penulis dan penerbit dan dalam banyak hal penulis mungkin menerima beban tanggungjawab sebagai penerbit sekiranya komunikasi peribadinya disebarkan kepada umum.
Antara Kebebasan Maklumat dan Penyalahgunaan Internet
Kebebasan yang diberikan tanpa batasan boleh mengakibatkan penyalahgunaan polisi media dan teknologi maklumat. Ini pasti akhirnya disedari oleh kerajaan. Dalam hal ini, Akta komunikasi dan Multimedia 1988 memperuntukan penubuhan satu Content Forum yang akan menentukan etika-etika dan garis panduan yang telah diikuti dunia siber. Seksyen 231 Akta tersebut membolehkan pengawalan bahan-bahan yang menyalahi (offensive) tidak sopan dan tidak senonoh. Membaca laman sesawang dalam bahasa Iban pada masa kini, terdapat laman sembang (forum) yang mengandungi komunikasi yang paling buruk ahli-ahli berdaftar.
Maka dengan ini, saya memberi penilaian bahawa sebahgian laman sesawang dalam bahasa Iban perlu diambil perhatian. Saya menilai bahawa sejarah telah membuktikan antara content regulation dan hak cipta merupakan satu perkahwinan yang menuju kepada kehancuran laman sesawang yang tidak dikawal. Kehidupam moden dan perubahan dasar adab dan pegangan agama bermakna pandangan asal dan kehendak agama tidak lagi terpakai. Akhlak dan adab harus dijaga. Cara sopan santun berkomunikasi harus dipelihara. Awasi pertentangan dan pertembungan budaya, kepercayaan dan agama agar tidak diseksa oleh keganasan perang fitnah dan bicara mulut pendatang dalam laman sesawang kita.
Penulis dan Udang-undang Fitnah
Kita tahu, fitnah merupakan suatu perbuatan yang dilarang oleh agama dan undang-undang. Kesannya, akan berlaku kepada perbalahan dan konflik dalam masyarakat. Justeru, undang-undang diperkenal dan dikuatkuasakan bagi menghindar daripada berlakunya perbuatan memfitnah, dan menghukum orang yang melakukannya. Terdapat tujuan utama undang-undang fitnah, iaitu untuk mencegah daripada berlakunya tuduhan fitnah. Ini amat jelas, menjadi hasrat undang-undang fitnah mencegah atau menghalang seseorang daripada melakukan perbuatan itu. Seseorang harus berhati-hati sebelum menulis atau mengucapkan sesuatu terutama yang menyentuh hal ehwal peribadi seseorang. Juga, undang-undang fitnah seolah-olah bertentangan dengan kebebasan rakyat untuk berucap atau menyatakan fikiran mereka.
Kesimpulan
Memang penting untuk masyarakat mendedahkan diri dengan internet dan teknologi maklumat. Tetapi perlu diguna secara baik menurut keperluan yang tidak menyalahi undang-undang yang sedia ada. Harus diingat, laman sesawang bahasa Iban pada masa kini sudah membuka satu lembaran baru dalam dunia teknologi maklumat. Ini menunjukkan komunikasi sudah membuka jurang bagi mendekatkan masyarakat pelbagai kaum. Juga, membentuk satu laman sembang yang tidak ada penapisan. Cuma kebebasan itu harus dikawal agar tidak merosakkan nilai masyarakat ke arah keruntuhan moral. Laman sesawang dalam bahasa Iban yang sedia ada boleh diperbaiki dengan janji pasti apabila pemilik laman sesawang berkenaan sebagai pengawal yang adil dan bertanggungjawab, bukannya sekadar untuk mendapat keuntungan semata-mata. Harus diingat, masyarakat juga boleh menilai dan menghakimi laman sesawang yang boleh merosakkan suasana perpaduan masyarakat.

Tulisan tentang sastera dan dunia siber turut mendapat perhatian Dewan Bahasa dan Pustaka. Selain menggunakan Karyanet.com sebagai wadah penerbitan bahan bacaan secara maya, bahan-bahan bercetak tentang suasana sastera di dunia maya telah dikupas dalam Dewan sastera sekitar tahun 2004.
Tulisan ini dipetik dari blog persendirian beralamathttp://cetasasbuya.blogspot.com/2008/07/penyertaan-penulis-kita-dalam-sastera.html
sumber :http://maharamdotcom.blogspot.com/2009/10/penulisan-dan-dunia-siber.html